MAGIKA lebih baik daripada CICAK MAN?

Posted by TUPAI

Oleh: Nur Safina Othman

19 Feb - Baru-baru ini pihak media berpeluang menonton tayangan amal sebuah filem bergenre muzikal arahan Edry Abdul Halim, "Magika", bersama anak-anak yatim. Diterbitkan oleh syarikat milik KRU Studios, cubaan pertama adik kepada Norman dan Yusry ini nampaknya tidak mengecewakan apabila ia dipuji oleh pihak media dan dikatakan lebih baik daripada filem-filem terbitan KRU Studios sebelum ini. Malah "Magika" dikatakan mampu mencapai kutipan pecah panggung apabila ia menemui peminat tahun ini.

Menurut Edry, dia mula mendapat idea untuk menghasilkan "Magika" ketika waktu pembikinan "Duyung" (2008) lagi. Konsep yang cuba dipersembahkan oleh Edry pula adalah mitos lagenda Melayu.

"Saya memilih konsep tersebut kerana ia mampu membuat penonton-penonton generasi muda mengenali mitos lagenda Melayu kita agar ia tidak pupus. Jika dilihat, anak-anak kecil kini 'disumbat' dengan kisah-kisah dongeng seperti Snow White, Cinderella dan banyak lagi," kata Edry.

Dihasilkan pada kos keseluruhan RM2 juta dan mengambil masa sebulan untuk tempoh pengambaraan, Edry memberitahu hanya satu sahaja adegan dipotong kerana ada dialog yang melibatkan Sultan Brunei. Walaubagaimanapun Edry memberitahu ia tidak mengganggu perjalanan cerita.


Edry telah berjaya mengumpul melebihi 20 artis popular tanah air seperti M.Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Dato' Jalaluddin Hassan, Maya Karin, Azni Hj. Nawawi, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Vanidah Imran dan ramai lagi untuk membintangi dalam filem pertamanya ini. Mengetengahkan penyanyi popular Mawi bersama-sama Diana Danielle dan pelakon kecil Fimie Don sebagai pelakon utama, "Magika" merupakan filem muzikal pertama di Malaysia.

Menampilkan 14 buah lagu baru yang dicipta khas oleh Edry untuk "Magika", kesemua barisan pelakon akan menyanyikan lagu-lagu tersebut sendiri tanpa bantuan penyanyi profesional. Filem berbentuk kekeluargaan ini dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan September tahun ini.

Nantikan temu bual bersama Edry di Tupai.


"Magika" dijadualkan untuk tayangan pada bulan September 2010.

, , , , , , , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook