HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA catat jutaan ringgit

Posted by TUPAI



Oleh: Nur Safina Othman

22 Feb - Filem bergenre aksi/epik terbitan KRU Studios, "Hikayat Merong Mahawangsa" (HMM) telah berjaya mencatat jutaan ringgit menerusi jualan di European Film Market (EFM) yang berlangsung di Berlin pada 11-21 Februari baru-baru ini.

Filem yang telah menelan kos perbelanjaan RM8 juta ini telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan termasuklah 22 buah negara timur tengah. Ini sekaligus menjadikan HMM ataupun tajuk antarabangsanya "The Malay Chronicles-Bloodlines" filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Epic Pictures, Patrick Ewald, "Sambutan luar biasa ini hanya berdasarkan poster dan juga klip video adegan aksi berdurasi lapan minit yang dipetik menerusi filem HMM yang menonjolkan kualiti penerbitan lagak ngeri, aksi CGI dan set bertaraf dunia.

HMM juga dijadualkan untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes pada bulan Mei dan American Film Market pada November nanti. Untuk pengetahuan, Epic Pictures berpusat di Beverly Hills, Amerika Syarikat dan merupakan ejen jualan KRU Studios di sana.

Bagi pengarah filem HMM, Yusry Abdul Halim pula berkata, "Ini bukan kejayaan saya seorang sebaliknya kejayaan para karyawan, barisan pelakon, krew produksi dan kakitangan KRU Studios.

"Diharapkan menerusi kejayaan ini, lebih banyak lagi penjualan filem tempatan di peringkat antarabangsa akan dicetuskan."

HMM menampilkan barisan pelakon dalam dan luar negara dan ia dimantapkan dengan koreografi seni mempertahankan diri yang diterbangkan khas dari Hong Kong. HMM dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini dan akan ditayangkan pada penghujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.krustudios.com

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook