AWAL harap tahun 2010 lebih baik!

Posted by TUPAI

Oleh: Nur Safina Othman
Penghujung tahun 2009 bagaikan titik hitam dalam kerjaya Awal Ashaari apabila dia ditahan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Awal ditahan bersama-sama pelakon wanita popular Scha Al-Yahya dan kejadian tersebut mengeruhkan lagi kontroversi di antara Awal, Scha dan bekas teman lelaki Scha, Fahrin Ahmad.

Namun Awal bangkit dan menganggap tahun 2009 sebagai sebuah mimpi gelap dan berharap tahun 2010 akan lebih baik daripada sebelumnya. Awal akan muncul dalam sebuah filem seram arahan Ahmad Idham, "Niyang Rapik" yang akan menemui peminat pada 25 Februari ini. Ikuti temu bual Tupai bersama pengacara kacak ini yang ditemui ketika majlis pra-tonton "Niyang Rapik" bersama media yang diadakan di Cathay Cineplex Damansara, e@curve baru-baru ini.
Firstly, tahniah atas penglibatan Awal dalam "Niyang Rapik". Boleh ceritakan mengenai watak Awal dalam filem seram ini?
Terima kasih. Well, ini adalah kali kedua saya menonton "Niyang Rapik". Saya memegang watak sebagai Amir, seorang pelajar jurusan kaji bumi. Amir adalah seorang yang agak misteri, perahsia dan sentiasa cuba mengubah topik lain apabila seseorang berbicara mengenai sesuatu perkara. There's something not right about him. Watak saya dalam "Niyang Rapik" berbeza dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Kalau dulu saya diberi watak sebagai kaki perempuan, anak emak atau anak orang kaya, ini adalah kali pertama saya mendapat dark role.

Ini bukanlah kali pertama Awal bekerja di bawah arahan Ahmad Idham. Jadi ada sebarang perbezaan bekerja dengannya?
Setelah berlakon di bawah arahannya melalui "Impak Maksima" (2007) dan "Syurga Cinta" (2009), saya sekali lagi diberi peluang bekerjasama dengan Ahmad Idham. Saya memang suka bekerja dengannya. Ini kerana Idham adalah seorang yang boleh memahami kita very well dan senang bekerjasama dengannya. Idham telah created me as an actor. Dialah yang nampak potensi saya, mencungkil bakat saya sebagai pelakon dan memberi peluang untuk saya berjaya dalam bidang lakonan. Tidak ada banyak perbezaan berlakon di bawah arahannya sebelum ini dengan sekarang kerana Idham suka mengajar kita. Contohnya jika dia nak kita buat sesuatu, dia akan beritahu dan kita akan tiru dan kembangkan watak itu. Kalau tak kena, Idham akan menegur. Idham akan mengarah dan mengajar kita pada masa yang sama.



Bagaimana pula dengan barisan pelakon?

Barisan pelakon "Niyang Rapik" bukanlah calang-calang orangnya. Kita ada pelakon wanita terbaik - Liyana Jasmay, pelakon baru yang sedang naik - Kamal Adli, pelakon hebat - Shaheizy Sam dan Fizz Fairuz dan juga raja drama - Zed Zaidi. Semua ni nama-nama besar dalam industri lakonan. Ada peminat masing-masing. Kadang-kadang sukar juga sebab kita perlu compete dengan kawan-kawan sendiri. Bertanding secara sihat dari segi lakonan, karakter dan popularity. Kadang-kadang ada yang tidak perlu berusaha lebih, tetapi orang tetap sukakannya. Ada yang memang pandai berlakon, tak perlu nak berlatih. Kadang-kadang kita akan terfikir bagaimana mereka lakukannya. Namun kami semua dalam sebuah filem yang sama yang cuba mempromosi dan membawa jalan cerita tersebut kepada peminat.

Penghujung tahun 2009 bukanlah satu situasi yang baik buat Awal. Bagaimana Awal berhadapan dengan situasi tersebut sekarang?
Saya anggap semua itu dugaan. Saya simpulkan permulaan tahun 2009 bagus, dan pada penghujungnya agak berliku-liku. Kita tak boleh sentiasa berada di jalan lurus sahaja. Pasti akan ada satu masa anda akan ditimpa masalah. 2009 was a bad nightmare, tetapi pada tahun 2010 saya bangun dengan seribu peluang. Lebih banyak tawaran, peluang, deal dan endorsement. Saya dapat buat apa yang mahu. Allah S.W.T ingin menguji dan saya menerima dugaan ini. In the end of the day, saya bersyukur dengan apa yang saya dapat.

Bagaimana dengan keadaan Scha sekarang?
Alhamdulillah, dia baik sahaja. Mungkin letih dengan perkara ini je kot. Kontroversi antara dia, Linda dan Fahrin.. itu masalah mereka. Kalau ikutkan perkara ini tiada kaitan dengan saya, tapi sudah pasti saya turut diheret dalam kontroversi ini. Apa yang saya harapkan adalah Scha ada kekuatan untuk bergerak ke hadapan. Kita kena anggap ini ujian daripada Allah S.W.T untuk menguji kekuatan kita.

Bagaimana pula hubungan Awal dengan Scha?
Alhamdulillah, we're happy. Apa yang boleh saya katakan, we're getting serious. Kami sedang menuju ke sebuah hubungan berbeza, namun menunggu masa yang sesuai. Perkara begini jangan terlalu dipaksa dan rush.

Kenapa Scha menjadi pilihan Awal?
Mungkin sebab dia berjaya mencuri hati saya kot! (ketawa). Kami bermula sebagai kawan. Sekarang pun kawan cuma lebih rapat. Kita bercakap mengenai perasaan, masa depan dan diri sendiri. Apa yang dibualkan sekarang lebih mendalam. Scha seorang yang memahami saya dan kami berkongsi banyak perkara yang sama. Kali pertama saya mengenali Scha adalah pada tahun 2008. Itulah kali pertama saya melihat wajahnya. Pada ketika itu, kita cuma say hi dan bertanya khabar je la. Bila ingat balik sekarang, there's something about her sebenarnya. Dia pernah berteman dengan kawan saya sendiri, jadi saya tahu apa yang berlaku sekitar hidupnya.

So, ada filem terbaru yang bakal menyusul?
Buat masa ini, masih lagi dalam perbincangan. Saya selalu dapat tawaran watak yang sama, stereotype. Sekarang bukan waktu saya main rembat je tawaran yang diberi. Saya ingin memilih sesuatu yang berbeza daripada segi skrip dan karakter.

Awal bergelar penyanyi pula?
InsyaAllah, bulan Mac ini single pertama saya, ciptaan Lah akan dikeluarkan. Sebenarnya bila masuk dalam industri hiburan ini, saya nak jadi penyanyi. Saya pernah masuk rancangan "Malaysian Idol", tetapi disingkirkan. Selepas itu mereka menawarkan saya untuk jadi pembaca berita di 8TV. Walaupun bergiat aktif sebagai pengacara, model dan pelakon, tetapi keinginan untuk menjadi penyanyi sentiasa ada. Saya pernah dapat tawaran sebelum ini, tetapi masa dan syarat tak sesuai. Jadi apabila Alibi Music memberi tawaran bahawa saya boleh lakukan semua dan mereka akan uruskan karier nyanyian, saya rasa why not? Buat masa ini kami masih compile lebih banyak lagu. Saya tak mahu rush kerana saya inginkan satu produk yang bagus dan tidak berhenti di sini sahaja.

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook