Barisan pelakon "2 Alam" bersama Dr. Rozmey (empat dari kiri, berdiri)
Oleh: Nur Safina Othman
18 Feb - Selepas kontroversi yang menimpa filem seram "2 Alam", kini tauke produk menguruskan badan 'Jus Mate 5', Datuk Dr. Rozmey Che Din mengejutkan pelbagai pihak apabila mensasarkan kutipan RM12 juta untuk filem pertama terbitan produksinya itu.
18 Feb - Selepas kontroversi yang menimpa filem seram "2 Alam", kini tauke produk menguruskan badan 'Jus Mate 5', Datuk Dr. Rozmey Che Din mengejutkan pelbagai pihak apabila mensasarkan kutipan RM12 juta untuk filem pertama terbitan produksinya itu.
Melabur hampir Rm2.5 juta, Dr. Rozmey juga memberitahu pihak media "2 Alam" sudah pun mendapat permintaan untuk ditayangkan di negara lain seperti Singapura, Indonesia dan banyak lagi.
Filem "2 Alam" mula mendapat perhatian apabila salah seorang pengarahnya, Hairie Othman membuat laporan polis kerana dikatakan masih belum menerima baki 50% bayarannya daripada syarikat produksi dR Rozmey. Malah Hairi lebih berani menuduh penerbit Imran Ismail yang pernah terlibat dengan produksi "Jalang" (2009) merupakan orang yang menikam dari belakang.
Walaubagaimanapun kontroversi ini ditepis oleh Dr. Rozmey sendiri ketika sidang media tersebut. Sidang media "2 Alam" dihadiri oleh barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Suhailah Salam, Faizal Hussein dan juga pengarah Ed Zarith. Hairie tidak kelihatan di majlis tersebut.
"2 Alam" mengisahkan Amy (Suhailah Salam) atau nama sebenarnya Adam Zainal menukar jantinanya ketika menuntut di London. Merupakan seorang penyanyi popular di Malaysia, kisahnya menukar jantina mula tersebar dan Amy tidak dapat menerima kenyataan. Pelbagai perkara aneh berlaku saat menguruskan jenazahnya sehinggalah ketika hendak dikebumikan.
"2 Alam" dijadualkan untuk tayangan pada bulan Mei atau Jun tahun ini.

