Ulasan FAME

Posted by TUPAI



 Oleh: Lai Swee Wei


BINTANG
Keseluruhan:
2.5
Lakonan:
2
Plot:
1.5
Sinematografi:
2.5



Tonton filem ini jika anda suka: "Fame", "Rent", "Step Up"

Selepas 30 tahun filem asal "Fame" ditayangkan, di mana ia telah mencetuskan siri televisyennya sendiri, muzikal, dan juga sebuah rancangan realiti. "Fame" mempunyai daya tarikan tersendiri iaitu mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian, lakonan, tarian bagi merealisasikan impian mereka untuk manjadi bintang. Dengan pembikinan filem versi baru ini, "Fame" akan mengingatkan generasi lama mengenai kehebatan filem ini di samping ia diperkenalkan kepada generasi baru.


Mengisahkan pelajar-pelajar New York Academy of Performing Arts, nampaknya kisah setiap watak yang ditonjolkan tidak ada seolah-olah tiada "umph", manakala guru-guru mereka (lakonan oleh Kelsey Grammer, Megan Mullally, Bebe Neuwirth and Charles S. Dutton) yang mengambil berat tentang pelajar, sayangnya tidak berpeluang memberi impak kepada penonton kerana kekurangan masa.

Satu tindakan yang kurang bijak buat pengarah kali pertama Kevin Tancharoen untuk mempunyai banyak watak di dalam filem kerana watak-watak tersebut gagal diperkembangkan. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang empat tahun persekolahan ("Freshman Year", "Sophomore Year", "Junior Year", and "Senior Year"), di mana penonton tidak dapat melihat apa yang berlaku kepada pelajar-pelajar pada ketika itu. Apa yang dapat dilihat adalah pelajar-pelajar yang susah hati, tersenyum, kemudian tamat pengajian. Walaupun emosi dan perasaan untuk berjaya diselitkan dalam filem, adalah lebih baik jika pengarah mengurangkan watak pelakon filem itu agar produk filem ini lebih baik. Malah penonton juga pasti mengalami kesukaran untuk mengingati nama mereka.


Lakon layar filem ini menampilkan isu-isu yang biasa ditonjolkan seperti ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan anak mereka, halangan dalam hubungan percintaan, gadis naif ditipu oleh lelaki dan sebagainya. Mungkin seorang sahaja gadis yang berjaya memberi impak iaitu Denise (Naturi Naughton), seorang penyanyi berbakat namun ibu bapanya memaksanya untuk kekal bermain piano. Watak Jenny (Kay Panabaker) pula dilihat agak kaku menyebabkan penulis merasakan tidak berbakat langsung. Pelik juga memikirkan bagaimana dia berjaya mendapat tempat di akademi berprestij itu.


Walaupun plotnya lemah, ia memang menghiburkan untuk melihat pelajar-pelajar ini berjaya membuat anda berasa begitu teruja. Koreografi tariannya dan cara ia dipersembahkan begitu hebat sekali termasuklah nyanyian, terutamanya daripada pelakon Naturi Naughton, dilihat sebagai Jennifer Hudson versi muda. Namun persembahan terakhir daripada akademi ini nampaknya tidak mencapai harapan ramai kerana tiada susunan, kurang kemas dan tidak sama rata. Mungkin babak yang paling diingati namun tidak begitu realistik adalah babak 'jamming' di kafeteria pada hari pertama Freshman Year melibatkan penari-penari tap, rapper, pemain-pemain dram, violin, gitar, penyanyi dan ramai lagi.


Versi baru ini mungkin tidak setanding dengan yang asal, namun ia pasti membuatkan anda merindu saat-saat filem lama.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook