Tayangan FAME di Cathay Cineplex

Posted by TUPAI

Oleh: Lai Swee Wei

29 Jan - Versi baru "Fame" pada tahun 2009 telah diinspirasi oleh filem arahan Alan Parker dengan tajuk sama pada tahun 1980 yang telah memenangi anugerah Oscar. Dengan imej pelajar menari di atas teksi dan lagu tema yang dinyanyikan oleh Irene Cara bermain-main di telinga penonton, "Fame" mempunyai siri TV popular yang berterusan sehingga beberapa musim, teater muzikal Broadway, jelajah dunia dan juga rancangan realiti TV sebelum 'American Idol' atau 'So You Think You Can Dance' menjadi hit di televisyen pada masa kini.


Walaupun banyak promosi besar-besaran dilakukan di Amerika Syarikat, ramai peminat filem lupa bahawa "Fame" (200) ditayangkan pada bulan September lepas. Filem ini gagal mendapat perhatian kerana terlalu banyak watak diselitkan dan juga kekurangan watak utama yang bagus atau jalan cerita yang kuat untuk menarik penonton. Menurut Box Office Mojo, "Fame" lebih teruk daripada filem yang gagal di panggung, "Rent" dan "Take The Lead".

Cathay-keris Films dengan kerjasama Cinema Online telah mengadakan satu tayangan pra-tonton pada 27 Januari 2010, di mana kami kemudian meminta pendapat mengenai filem ini dan berapa bintang daripada lima yang mereka berikan.


Siti Aishah (kiri)
: Saya merasakan seolah-olah menonton "High School Musical" sekali lagi! Menonton para pelakon menyanyi dan menarik sangat mengujakan. Jalan ceritanya agak biasa tetapi ia mempunyai mesej dan mampu memberi inspirasi kepada penonton untuk mengejar impian mereka. Saya beri 3.5 bintang!


Rita Kumari (kiri)
: Ia mempunyai plot yang bagus pada permulaan cerita. Namun apabila menghampiri penamat, ia bertukar menjadi bosan. Walaubagaimanapun secara keseluruhan, persembahannya menarik dan menghiburkan. Saya beri 3 bintang!




"Fame" kini sedang ditayangkan di pawagam!

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook