Linda Onn kena minta maaf dengan Fahrin!

Posted by Nona Andika

Tak habis-habis lagi cerita pasal diorang ni! Selepas artikel berbaur fitnah yang tersiar di akhbar Sinar Harian dan The Star, pelakon Fahrin Ahmad menerusi peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor beri tempoh tujuh hari kepada pengacara Linda Onn untuk memohon maaf! Perkara ni disampaikan ketika Fahrin bersama peguamnya itu membuat sidang akhbar di Hotel Palace Of Golden Horses.

Artikel tersebut kononnya bermaksud Fahrin adalah seorang pembuli, bertindak agresif tanpa berfikir secara waras, seorang kaki pukul, tidak menghormati orang dan berpotensi untuk mengugut agar Linda tak buat sebarang kenyataan sebelum ini.
Menurut notis yang diberikan kepada Linda pada 22 Januari lalu, Linda diminta memohon maaf dan membuat penarikan semula segala tohmahan yang dibuat. Segala tuntutan perlu dibuat menerusi akhbar khususnya dua akhbar tersebut. Linda juga dituntut membuat surat akujanji agar tidak mengulangi tindakannya dalam memburukkan imej Fahrin. Tak cukup dengan itu, pihak Fahrin turut menuntut kos gantirugi. Jika gagal berbuat demikian, Fahrin akan memfailkan writ saman di mahkamah pada hari Isnin ini.

Pelik betul diorang ni. Lepas Fahrin putus cinta dengan Scha, baru lah si Linda ni nak bagi statement. Apa motif? Lepas tu, dua bekas kekasih ni pulak tag team nak menghentam si Fahrin pulak.

, | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook