Lagi-lagi pontianak: DAYBREAKERS

Posted by Mat Rebiu

Mat Rebiu mengganas lagi... aha... I belum lagi habes cerita pasal filem-filem yang I tonton masa di Singapura. Ini I nak kasitau sikit tentang sebuah filem pontianak yang kini sedang ditayang di sana tapi hanya akan sampai ke panggung-panggung kita menerusi Tayangan Unggul (bukan Punggul, ya) pada 11 Mac 2010.


At first
, I ingat cerita ni samalaa macam all the other vampire movies yang kita biasa tengok. Gigi taring la, bawang puteh la, holy water laa etc. Oh My Tuhan™ !! ... tak bosan ke? By the way, korang rasa Special Branch ada ikot tak blog ni?

Tapi selepas 30 minit, anda pasti akan terpesona dengan premis baru dia... iaitu suatu dunia yang didiami vampire siap pakai business suit, Adidas tracksuit dan macam-macam suit lagi. Inilaa dia dunia di mana pontianak kasi layan manusia macam refugee. Filem ini dibintangi mamat hensem Ethan Hawke tu... tapi saya lagi minat tengok lakonan Willem Dafoe yang kerapkali muncul dalam cerita-cerita yang agak non-mainstream, contohnya AUTO FOCUS dan ANTICHRIST. Tak kenal? Dia laa Green Goblin dalam SPIDER-MAN 3.

Saya rekemen anda tonton filem DAYBREAKERS. At least tak frust macam tengok TWILIGHT, romen aje tau. Ini dia lebeh kepada sci-fi thriller. Harap-harap LPF go easy, ya.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook