Beberapa hari yang lepas, Mat Rebiu (I laa, siapa lagi?) turun ke Singapura untuk menonton wayang.
Di pawagam Filmgarde, Bugis... saya terbeli tiket (ingatkan dia cerita Jepun) untuk satu filem Richard Gere iaitu Hachiko: A Dog's Story, pasal seekor anjing Akita yang menanti tuannya hinggakan ia menunggu di stesen keretapi selama sembilan tahun walaupun tuan punya itu sudah pun meninggal. Ini kerana anjing itu sudah biasa "menjemput" tuan punya tepat jam 5 bila habis kerja.
Terkilan betul Mat Rebiu apabila mendapat tau ini based on real story actually, pasal seekor anjing bernama Hachiko di Jepun.
Kalaulah artis-artis dalam dunia hiburan sekarang ini boleh ikut macam Hachiko, tak payahlah kita selang sehari dua kena baca dalam paper pasal kes cerai.
Yang sedihnya, filem ini tidak ditayangkan di Malaysia dan di Amerika pun mereka hanya ada DVD release. Alangkah baiknya jika lebih ramai yang tau kisah anjing setia ni.

