28 Jan – Tahniah kepada syarikat penerbitan filem, Metrowealth (MIG) dan pengarah Ahmad Idham kerana sekali lagi memecah rekod apabila filem "Adnan Sempit" berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM5.5 juta dalam tempoh 13 hari tayangannya, sekaligus dijangka bakal mengetepikan filem tempatan dengan kutipan tertinggi, "Jangan Pandang Belakang" yang berjaya mendapat RM7.5 juta apabila ia ditayangkan pada tahun 2007.
Berita gembira ini disampaikan di satu majlis kesyukuran yang diadakan oleh MIG bagi meraikan kejayaan filem ini. "Adnan Sempit" yang menjadi pembuka tirai filem tempatan pada tahun 2010 melakar sejarah apabila berjaya mengutip sebanyak RM500,000 pada hari pertama dan telah menarik 100,000 penonton ke pawagam pada hari Sabtu minggu pertama ia ditayangkan, jika dibandingkan dengan "Jangan Pandang Belakang" yang hanya mengutip sebanyak RM480,000 pada hari pertama ia ditayangkan.
Berikutan kejayaan luar biasa ini, penerbit David Teo ketika ditemui memberitahu bahawa pawagam di Malaysia akan melanjutkan lagi tayangan "Adnan Sempit" selama dua minggu secara penuh.
"Kami juga berharap dan mensasarkan 1 juta penonton akan menyaksikan filem ini dengan sokongan semua pihak," tambah David.
Dibarisi pelakon Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai watak utama, filem aksi komedi ini mengisahkan kisah cinta seorang despatch dengan majikannya yang berlatarbelakangkan kehidupan mat rempit.