Oleh: Nur Safina Othman
BINTANG:
Keseluruhan: 2.5
Lakonan: 3
Plot: 2
Kesan Khas: 2
Sinematografi: 2.5
Tonton filem ini jika anda suka: "Jangan Pandang Belakang Congkak", filem-filem "Senario"
Walaupun salah sebuah filem terbitan Metrowealth (MIG) pada awalnya 'sangkut' di Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ia mengisahkan mengenai mat rempit, ia tidak menyebabkan pengarah lain gentar dalam menghasilkan filem-filem sedemikian. Sama seperti Ahmad Idham yang acapkali bekerjasama dengan MIG. Filem terbarunya, "Adnan Sempit" juga berkisahkan mat rempit tetapi dalam konteks yang berbeza dengan menggabungkan elemen aksi dan komedi, tidak seperti filem-filem mat rempit lain.
"Adnan Sempit" mengisahkan hubungan dua orang yang berbeza dunia. Adnan (Shaheizy Sam), seorang mat rempit yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta menyimpan perasaan terhadap majikannya, Nadia (Intan Ladyana). Manakala Nadia, seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga mewah menyuruh Adnan menyamar sebagai teman lelakinya untuk satu majlis. Hubungan yang pada awalnya berjalan lancar mula goyah apabila Nadia berang dengan kelakuan Adnan yang dianggap kolot dan memalukannya. Jofri (Zach X-Factor) yang hadir dalam hidup Nadia juga sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.
Jangan terpedaya dengan poster filem ini yang nampak ala-ala seperti filem yang memfokuskan kehidupan mat rempit. Ahmad Idham bijak sekali mengubah isu mat rempit dengan menjadikan "Adnan Sempit" sebuah filem aksi komedi, sesuatu yang berbeza daripada filem-filem seperti "Remp-It" (2006) dan "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" (2009) yang seringkali memberi pandangan negatif mengenai kehidupan mat rempit. Idham cuba menyampaikan mesej bahawa bukan semua yang membawa motosikal ini adalah mat rempit. Malah ia turut diselitkan melalui dialog oleh Adnan yang menepis pandangan Nadia bahawa semua mat rempit adalah orang jahat dan pemalas. Walaubagaimanapun jalan cerita yang terlalu biasa atau tidak begitu menarik menyebabkan adakalanya filem ini agak bosan untuk ditonton.
Dari aspek persembahan lakonan, Shaheizy Sam berjaya memainkan wataknya dengan baik dan bersahaja. Mungkin tidak ramai yang tahu, realitinya Shaheizy sebenarnya adalah seorang yang agak serius. Namun kali ini kita berpeluang melihat lakonan Shaheizy dari aspek yang agak berbeza di mana watak Adnan ini boleh dikatakan agak kelakar dan lawak jenaka yang diselit nampak spontan dan tidak terlalu dibuat-buat. Berbeza pula dengan Intan Ladyana yang nampak lebih kaku dan tiada keserasian dengan wataknya itu. Malah tidak keterlaluan jika pujian diberikan kepada Norliana Samsudin atau lebih dikenali sebagai Reanna yang memegang watak sebagai Wawa, setiausaha kepada Nadia. Walaupun bekerja di sebuah syarikat korporat, dia berminat untuk menjadi minah rempit. Pelik bukan? Realitinya minah rempit acapkali dipanggil sebagai bohsia. Namun konteks minah rempit yang dimaksudkan dalam "Adnan Sempit" nyata sekali berbeza. Malah keserasian Reanna dengan Along Raja Lawak yang memegang watak sebagai Bobby, teman baik kepada Adnan jelas kelihatan berbanding dengan Shaheizy dan Intan.
Walaupun "Adnan Sempit" adalah sebuah filem aksi komedi yang tidak memfokuskan kepada kehidupan mat rempit, namun tidak sahlah jika tiada aksi-aksi daripada mat rempit diselitkan. Kita masih lagi 'disaji' dengan aksi-aksi yang merbahaya itu, tetapi tetap kurang daripada apa yang terdapat dalam filem-filem lain memandangkan filem ini lebih memfokuskan kisah percintaan dua dunia berbeza. Dalam aspek yang lain, Idham berani menyelit satu babak di mana Adnan mengintai sekumpulan lelaki bersama seorang wanita yang sedang menayang 'aset'nya. Sayangnya penonton tidak berpeluang melihat 'aset' wanita tersebut memandangkan ia dipikselkan.
Walaupun ianya agak berbeza, namun perjalanan cerita "Adnan Sempit" ada 'naik turun' sehinggakan terdapat beberapa waktu, penulis begitu mengharapkan filem ini cepat tamat. Namun mungkin ia berbeza kepada orang lain, bukan? Maklumlah, bukan 'selera' setiap orang sama.
"Adnan Sempit" akan ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2010!
Menangi pas percuma dan barangan LEGION!
Apabila Tuhan hilang keyakinan terhadap seluruh umat manusia, Dia menghantar askar-askar malaikatNya ke dunia untuk menjadikan bencana alam. Harapan manusia sejagat untuk selamat bergantung kepada sekumpulan manusia yang terkandas di sebuah restoran yang terletak di gurun dan juga penghulu malaikat, Michael (Paul Bettany).
"Legion" diarahkan oleh Scott Stewart dan dilakonkan oleh Paul Bettany, Dennis Quaid, Kate Walsh, Tyrese Gibson dan Adrianne Palicki.
"Legion" akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Januari 2010!
Untuk memenangi barangan "Legion" beserta pas percuma, apa yang anda perlu lakukan ialah tonton treler filem, kemudian jawab dua (2) soalan mudah dan lengkapkan slogan. Penyertaan dengan semua jawapan tepat dan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang!
(Klik SINI untuk menonton treler)
Peraduan berakhir pada 20 Januari 2010.
HADIAH
Edisi terhad beg silang "Legion"
Edisi terhad t-shirt "Legion"
Pas percuma x 2
Hadiah Istimewa x 4
Edisi terhad pembuka surat "Legion"
Edisi terhad topi "Legion"
Pas percuma x 2
SOALAN
1. Siapakah pengarah filem "Legion"?
a) Scott Stewart
b) James Cameron
c) Ahmad Idham
2. Berdasarkan treler, apakah nama restoran yang terletak di kawasan gurun tersebut?
a) Kedai Makan Abu
b) Paradise Falls
c) Restoran Ah Hong
SLOGAN
Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda tahu dunia akan dilanda bencana alam? (Tidak melebihi 20 patah perkataan)
CARA UNTUK MENYERTAI
Penyertaan harus dibuat melalui e-mail sahaja dengan menaip LEGION merc sebagai subjek. Kemudian berikan jawapan dan slogan beserta nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan penyertaan anda kepada peraduan@tupai.com.my
Nota:
• Peraduan akan berakhir pada 20 Januari 2010, jam 11.59 malam.
• Senarai nama pemenang di laman web www.tupai.com.my pada 23 Januari 2010.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk mengetahui jika anda adalah pemenang peraduan ini.
31 Dis - Bagi meraikan filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, "2 Hati 1 Jiwa", Primeworks Studios kini sedang dalam pencarian mencari 30 pasangan kembar yang berminat menghadiri Malam Gala "2 Hati 1 Jiwa" yang bakal diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Tropicana City Mall pada 13 Januari 2010.
Pasangan kembar yang terpilih akan muncul bersama-sama barisan pelakon yang telah menjayakan "2 Hati 1 Jiwa" seperti Fouziah Gous, Yasmin Hani, Iqram Dinzly, Fahrin Ahmad serta ramai lagi. Malah pasangan kembar juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui peraduan pakaian terbaik dan menarik.
Oleh itu kepada pasangan kembar berumur 13 tahun ke atas yang berminat untuk turut serta dalam malam gala ini dikehendaki menghantar gambar bersama pasangan kembar dalam ukuran pasport berserta butir diri masing-masing ke alamat berikut: Primeworks Studios, Unit Filem & Drama, Tingkat 3, Sayap Utara, No. 3, Seri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 03-7726 6333 atau layari laman web HOT FM (www.hotfm.com.my) untuk informasi lebih lanjut.
Filem kerjasama antara Primeworks Studios dan Line Clear Motion Pictures ini bakal menemui peminat pada 28 Januari 2010. "2 Hati 1 Jiwa" mengisahkan sepasang kembar siam yang hidup bersama akibat melekat di bahagian kepala selama 21 tahun membuat keputusan untuk menjalani pembedahan agar dapat dipisahkan. Inspirasi filem ini diambil daripada kisah benar kehidupan pasangan kembar dari Iran, Laden dan Laleh yang pernah mendapat perhatian satu ketika dulu.
"2 Hati 1 Jiwa" bakal ditayangkan di pawagam pada 28 Januari 2010!
30 Dis - Norliana Samsudin atau lebih senang dipanggil Yana seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada berpakaian terlalu menjolok mata dalam filem yang dilakonkannya kerana merasa tidak begitu selesa.
Bercakap di majlis pra-tonton filem terbarunya, "Adnan Sempit" yang diadakan di Cathay Cineplex Damansara, e@curve baru-baru ini, Yana memberitahu: "Saya kini sedang terlibat dengan penggambaran filem "Aku Masih Dara". Jika sebelum ini anda tidak pernah melihat saya berpakaian seksi, kali ini karakter saya pasti akan mengejutkan anda. Yang pasti, seboleh-bolehnya saya tidak mahu pakai seksi-seksi bila berlakon."
Melalui "Adnan Sempit", watak yang dipegang oleh Yana juga berbeza iaitu sebagai gadis yang bekerja di sebuah syarikat korporat tetapi ingin menjadi minah rempit. Selain daripada Yana, filem ke-33 terbitan Metrowealth (MIG) ini turut dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Raja Lawak dan ramai lagi. Filem aksi komedi arahan Ahmad Idham ini bakal menjengah pawagam bermula 14 Januari akan datang dan menjadi filem tempatan pertama yang membuka tirai tahun 2010.
Penggambaran "Aku Masih Dara", filem kedua arahan Ahmad Idham yang berbentuk keagamaan selepas "Syurga Cinta" (2009) dijangka berakhir pada 1 Januari ini. Selain daripada itu, filem-filem terbitan MIG yang sedang menanti waktu tayangan adalah "Semerah Cinta Stilleto" (11 Febuari 2010), Niyang Rapik" (25 Febuari 2010), "V3 Samseng Jalanan" (11 Mac 2010) dan banyak lagi.
Nantikan ulasan "Adnan Sempit" daripada Tupai.
"Adnan Sempit" akan ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2010.
Oleh: Hafizatul Baharudin
BINTANG:
Keseluruhan: 3
Lakonan: 3
Plot: 3
Efek: 1.5
Sinematografi: 2
Tonton filem ini jika anda suka: "Aquamarine"
Filem ini mengisahkan Si Pari (Liyana Jasmay) yang tinggal di kayangan turun ke bumi untuk mencari cinta sejatinya bertemu dengan seorang jejaka lurus bendul yang bernama Syadon (Que Haidar). Walaubagaimanapun Syadon 'gila bayang' kepada Mala (Nabila Huda) yang mempunyai rancangan jahat.
Seperti tagline DSPP, 'Cerita Cinta Biasa Tetapi Luar Biasa', filem ini sememangnya mengetengahkan tema cinta. Bezanya ia mengisahkan cinta antara dua orang yang berasal dari dua tempat berbeza. Di samping itu, kasih saying antara bapa dan anak turut diselitkan yang jelas dipamerkan oleh Para (Harun Salim Bachik).
Dari segi lakonan, Que Haidar yang sebelum ini lebih terkenal dengan watak emosi dilihat sedikit kaku membawa watak si lurus yang kelakar dalam filem kali ini. Gandingan Que bersama-sama Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), Liyana Jasmay pula dilihat seperti adik-beradik dan bukanlah sebagai pasangan kekasih. Lakonan Liyana kali ini juga kurang memberi 'umph'. Mungkin ia disebabkan filem genre dan watak yang berbeza yang pernah Liyana terlibat. Tidak banyak pelakon yang terlibat dengan DSPP. Selain daripada Que, Liyana dan Harun, DSPP turut dibantu oleh Nabila Huda, Remy Ishak, Dato' Aziz Satar dan penampilan khas oleh Zizan Raja Lawak, Farid Kamil dan Hans Isaac.
Malangnya teknik penjanaan berkomputer (CGI) yang terdapat dalam DSPP kelihatan sangat amatur dan seolah-olah tiada kaitan dengan jalan cerita tersebut. Antaranya ketika Para bertemu dengan si Pari dengan berpakaian sebagai angkasawan di dalam tandas, kelopak bunga dan juga babak ketika Para bergaduh dengan Budi (Remy Ishak).
Kepada penggemar filem genre kisah dongeng dan komedi, filem ini mampu membawa anda merasai sebuah kisah cinta sejati serta aksi yang cukup menghiburkan. Walaupun CGI mungkin gagal untuk menarik perhatian anda, yang pasti gandingan Que Haidar dan Liyana Jasmay pasti mampu menarik anda ke pawagam. DSPP telah diolah daripada kisah Aladdin agar ia bersesuaian dengan selera penonton tempatan. Filem yang berdurasi 110 minit ini sesuai ditonton bersama seisi keluarga terutama sekali bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang seringkali terbuai-buai dengan kisah dongeng.
"Duhai Si Pari-Pari" akan ditayangkan pada 31 Disember 2009!
Tahniah kepada pemenang berikut.
Anda telah memenangi empat (4) pas percuma beserta barangan DUHAI SI PARI-PARI.
TEBUSAN HADIAH BOLEH DIBUAT BERMULA 4 - 21 JANUARI 2010.
KLIK SINI UNTUK PETA KE PEJABAT KAMI.
Waktu Pejabat: Isnin - Jumaat
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 6.00 petang
ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR
AIMI SARAH ABDULLAH
BADIUZAMAN MOHD NOOR
DANIEL TAY KWAN HUI
JOSEPHINE LAI
JUNAIDAH BINTI IBRAHIM
LAU SAI YEW
LEONG CHIEW YING
MOHD AZLI BIN HARUN
MOHD FADZLI BIN ABDUL MUTALIB
MOHD JUWAIDI BIN MAHMOOD
MOHD NIDZAM KAMARUDDIN
MOHD TARMIZI BIN MOHD IDRIS
MOHAMAD TAIB BIN MOHAMED IDRIS
NG SIOK HIONG
NURRUL HAFIZUL BIN CHE HUSIN
SALMIZA MOHAMED SALIM
SHAHRIR ARIF
SHAHRUL FAWWAZ MOHD AMIN
SITI AISYAH BINTI MOHD AMIN
SUNNY LOH
SUZANNE LAI
TAY YEW GUUO JARED
WILLIAM CHOONG
ZALEHA BINTI ZAINAL ABIDIN
Video ucapan daripada Liyana Jasmay dan Nabila Huda ketika ditemui di majlis premier "Duhai Si Pari-Pari" baru-baru ini.
Tupai mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca! Selamat bercuti semua!
Oleh: Nur Safina Othman
24 Dis – Filem terbaru terbitan Tayangan Unggul, "Duhai Si Pari-Pari" (DSPP) akan menjadi filem Melayu tempatan terakhir menutup tahun 2009. Buah tangan pertama pengarah untuk filem, Azmi Md Hata ini akan berada di pawagam bermula 31 Disember 2009 mengisahkan Pari (Liyana Jasmay) turun ke dunia untuk mencari cinta sejati dan telah bertemu seorang lelaki lurus bendul, Syadon (Que Haidar).
Menurut Azmi yang sebelum ini hanya mengarah drama televisyen dan dokumentari, "Idea untuk DSPP telah lama terperap dalam simpanan saya tetapi saya masih tidak yakin untuk merealisasikannya. Namun dengan sokongan produksi yang kukuh serta pelakon-pelakon yang cukup berbakat, saya terasa yakin ketika waktu penggambaran."
Mempertengahkan komedi kisah dongeng, beberapa elemen daripada kisah Aladdin turut diselitkan dalam DSPP dan ia telah diolah agar bersesuaian dengan khalayak penonton Malaysia.
DSPP dibarisi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 Liyana Jasmay, Que Haidar, Harun Salim Bachik, Nabila Huda, Remy Ishak dan penampilan khas daripada Zizan Raja Lawak, Hans Isaac dan Din Beramboi.
Nantikan ulasan di laman web Tupai.
"Duhai Si Pari-Pari" akan ditayangkan di pawagam bermula 31 Disember 2009!
"Kehilangan Yasmin seperti kehilangan mak saya sendiri" – Sharifah Amani
Apabila Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai lalu, berita itu bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga dan teman-teman Allahyarham, tetapi peminat-peminatnya turut terasa sedih dan seolah-olah tidak mempercayai dengan ketiadaan Yasmin.
Industri filem Malaysia kehilangan seorang pengarah yang cukup berbakat.Yasmin seringkali mencipta kontroversi dengan karya-karyanya, walaupun apa yang ditampilkannya itu sebenarnya berkisahkan kehidupan realiti, kepelbagaian bangsa di Malaysia, kasih sayang, kemaafan dan banyak lagi.
Filem kedua terakhirnya, "Muallaf" yang 'terperap' hampir dua tahun di Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya bakal menemui peminat pada 24 Disember ini. TUPAI berpeluang menemubual pelakon utama filem, Sharifah Amani atau lebih mesra dipanggil Nani, yang juga rapat dengan Allahyarham ketika majlis pra-tonton "Muallaf" untuk media yang diadakan di Cathay Cineplex Damansara baru-baru ini.
Tahniah! Akhirnya selepas dua tahun, "Muallaf" akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Apa perasaan Nani sekarang?
Saya memegang watak sebagai Rohani. Dia adalah seorang yang sangat tenang, penyabar, pemaaf dan sentiasa cuba untuk mengenali diri melalui agama. Rohani hidup hanya untuk Allah SWT dan juga adiknya, Rohana yang dilakonkan oleh adik saya sendiri, Sharifah Aleysha.
Apakah kesan watak Rohani kepada hidup Nani?
Sebelum "Muallaf" ditayangkan, kita dikecohkan dengan kontroversi Nani membotakkan rambut untuk watak Rohani. Apa komen Nani?
Hari ini, "Muallaf" dipertontonkan buat pertama kali untuk media. Apa perasaan Nani apabila Yasmin tiada di sini ketika pra-tonton?
Nani sememangnya rapat dengan Allahyarham. Apakah kesan ketiadaan Yasmin kepada hidup Nani?
Terima kasih, Nani!
1. GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
2. GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
3. TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur
4. TGV Sunway Pyramid, Selangor
5. GSC 1 Utama, Selangor
6. Cathay Cineplex Damansara, Selangor
7. TGV Kinta City, Ipoh, Perak
8. GSC Plaza Gurney, Georgetown, Pulau Pinang
9. GSC Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang
10. TGV Perda, Seberang Prai City, Pulau Pinang
11. GSC Multiplex Sungai Petani, Kedah
12. GSC Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
13. GSC Dataran Pahlawan, Melaka
14. TGV Jaya Jusco Tebrau, Johor
15. Cathay Cineplex City Square, Johor
16. Star Cineplex Medan Pelita, Kuching, Sarawak
17. Growball Cinemas Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah
21 Dis - Selepas hampir dua tahun 'terkandas' di Lembaga Penapisan Filem, "Muallaf", filem arahan pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad akhirnya bakal menemui peminat bermula 24 Disember ini di beberapa pawagam terpilih.
"Muallaf" akan ditayangkan di pawagam pada 24 Disember 2009.
Oleh: Hanna Zainal
Tonton filem ini jika anda suka: "Sepet", "Gubra", "Talentime"
Allahyarham Yasmin Ahmad telah meninggalkan satu warisan yang sukar untuk diikuti. Beliau yang merupakan antara pengarah wanita disegani di negara ini telah meninggalkan ruang yang begitu besar untuk diganti semula apabila beliau meninggal dunia pada usia 51 tahun pada bulan Julai 2009.
Filem terakhir beliau, "Talentime" sudah pun ditayangkan kepada umum pada bulan Mac 2009 walaupun filemnya sebelum "Talentime" ketika itu masih lagi 'terperangkap' di Lembaga Penapisan Filem (LPF). Walaubagaimanapun dengan hasil usaha Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima, Datuk Farid Ridzuan dan penerbit Ahmad Puad Onah, akhirnya filem yang kononnya kontroversi, "Muallaf", bakal menemui peminat yang sudah lama menanti pada 24 Disember nanti. Filem yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Julai 2009 ini pernah kecoh kononnya banyak babak yang akan dipotong, yang sudah pasti secara tidak langsung bakal menjejaskan jalan ceritanya. Walaubagaimanapun menurut adik Yasmin, Datin Orked, hanya dua ayat sahaja disenyapkan iaitu "You look like nuns" yang dikatakan oleh Brother Anthony (Tony Savarimuthu) ketika melihat Rohani (Sharifah Amani) memakai telekung dan juga "Nanti orang ingat kita wahabbi" yang dikatakan oleh Rohana (Sharifah Aleysha) di gerai makan. Babak ketika Rohani dibotakkan kepala juga turut dipotong oleh LPF.
Kepada mereka yang mungkin tidak tahu, "Muallaf" sebenarnya telah ditayangkan di negara jiran, Singapura pada bulan Disember 2008 lepas dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Malah atas permintaan ramai, ia telah ditayangkan semula pada bulan Februari 2009. Malah menurut pelakon utama "Muallaf", Sharifah Amani, filem ini turut mendapat sambutan hebat di Indonesia yang telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Jakarta Ke-11 awal Disember lalu.
Filem ini mengisahkan dua adik-beradik, Rohani dan Rohani telah melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan didera oleh bapa mereka (Datuk Rahim Razali). Ketika bersembunyi di pekan Ipoh dan menunggu masa untuk berpindah ke Singapura, mereka telah bertemu guru sekolah Rohana iatu Brian (pelakon baru Brian Yap). Kagum dengan pengetahuan kedua adik-beradik ini, Brian seorang yang beragama Kristian tetapi tidak pernah mengamalkan ajarannya mula rapat dengan mereka dan secara tidak langsung membuka mata Brian untuk mengenali agamanya semula.
Sama seperti filem-filem Yasmin sebelum ini, "Muallaf" turut mempertengahkan tema agama, keluarga, persahabatan dan cinta yang sesuai diangkat sebagai filem contoh untuk masyarakat. Filem kali ini agak menyentuh perasaan, namun seperti ada 'sesuatu' yang hilang dari segi jalan ceritanya. Menerusi filem ini kita turut disaji dengan terjemahan ayat-ayat daripada Al-Quran dan juga kitab Injil. Sebelum ini kecoh kononnya ada wartawan daripada akhbar yang menonton "Muallaf" di Singapura mengatakan segala petikan yang terdapat di dalam filem ini sebenarnya diambil daripada kitab Injil. Ini mungkin disebabkan penggunaan bahasa Inggeris oleh Rohani dan Rohana secara tidak langsung mengelirukan penonton yang cetek dengan pengetahuan agama.
Dari segi persembahan lakonan, Aleysha yang pertama kalinya memegang watak utama dalam sesebuah filem memberikan persembahan yang cukup baik. Gabungan dan ikatan bersama kakaknya, Amani sangat sesuai kerana kita dapat saksikan kasih sayang yang terjalin antara dua beradik ini tetap utuh walaupun dilanda masalah. Lakonan Brian Yap juga tidak mengecewakan walaupun ini merupakan filem pertama beliau. Pendatang-pendatang baru ini telah disokong dengan baik oleh pelakon veteran Datuk Rahim Razali dan Tony Savarimuthu. Ning Baizura yang sudah lama ingin berlakon di bawah arahan Allahyarham akhirnya tercapai apabila diberi watak sebagai ibu tiri kepada kedua beradik ini. Walaupun watak kecil sahaja, lakonannya itu pasti diingati ramai. Sama juga seperti pelakon-pelakon yang lain.
Kepada peminat karya Yasmin Ahmad, anda pasti tahu apa yang selalu ditampilkan olehnya. Yasmin sentiasa menyampaikan filem yang berkisahkan kasih sayang, kehidupan realiti dan penampilan pelakon daripada pelbagai bangsa. "Muallaf" merupakan filem terakhir yang kita dapat tonton daripada Yasmin Ahmad. Sudah pasti ramai yang akan merindui untuk menonton filemnya. Dengan menonton filem-filemnya, mungkin itu adalah cara terbaik untuk mengingati sumbangan seorang seniman yang dihormati ini dalam industri perfileman Malaysia.
BINTANG:
Keseluruhan: 3
Pelakon: 3
Plot: 2
Sinematografi: 3
"Muallaf" akan ditayangkan di pawagam terpilih bermula 24 Disember 2009!
Menangi pas percuma dan barangan "Duhai Si Pari-Pari"
Filem ini mengisahkan Syadon (Que Haidar), seorang pemuda yang pandai berjimat-cermat dan tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan. Namun dia telah jatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), tanpa mengetahui Mala sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi bersama rakannya, Budi (Remi Ishak) untuk mendapatkan wang simpanan Syadon. Selepas ditipu Mala dan dibelasah oleh Budi, Syadon terjumpa satu teko ajaib yang dihuni si Pari-Pari (Liyana Jasmay). Pari-Pari kemudiannya mengharapkan cinta daripada Syadon. Pada masa yang sama, ayah Pari-Pari, Para-Para (Harun Salim Bachik) cuba mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Disebabkan mempercayai bahawa Syadon adalah cinta sejatinya, Pari-Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari Para-Para iaitu akan lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.
Filem arahan Azmi Md Hatta ini dibarisi pelakon Liyana Jasmay, Que Haidar, Harun Salim Bachik, Nabila Huda, Remy Ishak dan ramai lagi!
"Duhai Si Pari-Pari" bakal menjengah pawagam bermula 31 Disember 2009!
Untuk memenangi barangan "Duhai Si Pari-Pari" beserta pas percuma, anda hanya perlu menonton treler filem, kemudian jawab tiga (3) soalan mudah. Dua puluh lima (25) penyertaan pertama dengan semua jawapan tepat akan dipilih sebagai pemenang!
Peraduan berakhir 28 Disember 2009!
SOALAN
1. Siapakah pengarah "Duhai Si Pari-Pari"?
b) Azhari Mohd Zain
c) Azmi Md Hatta
2. Siapakah yang memegang watak Pari-Pari?
a) Liyana Jasmay
b) Scha Al-Yahya
c) Sharifah Amani
3. Berdasarkan treler, apakah warna bantal yang dipeluk oleh Syadon (Que Haidar) ketika terjaga dari tidur?
a) Hitam
b) Merah
c) Kuning
CARA UNTUK SERTAI
Penyertaan harus dibuat melalui e-mail sahaja dengan menaip DUHAI SI PARI-PARI merc [jawapan]
Contoh subjek e-mail: DUHAI SI PARI-PARI merc [A,B,C]
Empat (4) pas percuma dan barangan "Duhai Si Pari-Pari"
NOTA:
- Peraduan akan berakhir pada 28 Disember jam 11.59 malam.
- Senarai nama pemenang di laman web www.tupai.com.my pada 29 Disember 2009.
- Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk mengetahui jika anda adalah pemenang peraduan ini.
*Waktu tebusan: 7.30 petang - 9.00 malam
Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan penebusan di meja/kaunter penebusan Cinema Online.
MAKLUMAT TAYANGAN
Afiz Firdaus Abu Hassan
Aileen Sew Ai Leen
Ang Lee Ping
Badiuzaman Mohd Noor
Chan Siang Jau
Hapiz Ahmad
Hazwan Hassan
Irmayanty Ismail
Izyan Wahidah Ahmad Sapei
Janis Lim Yin Yin
Johan Jahari
Kumara Veloo
Lau Hieng Chie
Lau Sai Yew
Lau Siew Yee
Lee Kek Yee
Lee Kok Seng
Lian Ian Ying
Mah Wai Phen
Marhana Ahmad
Mohd Fadzli Abdul Mutalib
Mohd Fairuzzaki Mohd Hamzah
Mohd Isa Abdullah
Mohd Yazid Baharudin
Muhd Aidil Rizal
Noor Jismin Mohd Yusoff
Nurliyana Zulkarnain
Nurul Hafizul Che Husin
Ruhanizza Badrul Zaman
Saravanan Sellappan
Shahamirul Lailie Abd. Hamid
Shahrul Fawwaz Mohd Amin
Siti Nooraisah Raulah
Sri Harlina Saring
Tan Phaik Lan
Tan Ye Yean
Tok Suh Ying
Zaleha Zainal Abidin
Zuli Nurdinni Zulkifli
"Avatar" mengetengahkan Jack Sully (Sam Worthington), seorang ahli Marin yang lumpuh yang menjadi orang yang dipercayai oleh kaum Na'vi yang kelihatan seperti manusia tetapi mempunyai ketinggian hampir 9 kaki, mempunyai ekor dan kulit yang berwarna biru. Jack dijadikan agar kelihatan sama seperti mereka menerusi kehebatan teknologi sains di mana otaknya berada di dalam badan Avatar yang direka. Namun kehadirannya di dunia kaum Na'vi yang diberi nama Pandora sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dan ia mendatangkan keburukan apabila manusia mula menyerang habitat mereka.
Dari segi lakonan, pelakon Australia Sam Worthington berjaya memainkan wataknya sebagai seorang yang gagah, tegas dan setia. Pada awalnya, dia sepatutnya membantu Kolonel Miles (Stephen Lang) untuk memusnahkan penempatan kaum Na'iv. Namun atas dasar sikap perikemanusiaan, kita dapat saksikan dia membela kaum Na'iv walaupun kalau diikutkan dia bukanlah orang mereka. Malah atas dasar cinta kepada Neytiri (Zoe Saldana), Jack sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Kita dapat saksikan Worthington begitu bersungguh-sungguh ingin membantu mereka walaupun itu bermakna dia perlu membelot kaumnya sendiri. Bagi Zoe Saldana pula, kita akan kagum dengan wataknya yang sabar dalam memberi tunjuk ajar kepada Jack agar menjadi salah seorang daripada mereka. Walaupun jatuh cinta dengan Jack, dia tetap rasa dikhianati dan benci apabila Jack menipunya dan bertindak mempertahankan kaumnya. Malah kita berpeluang melihat Saldana beraksi dan berlawan dengan musuh-musuhnya. Lakonan Stephen Lang juga tidak kurang hebat sebagai seorang kolonel yang cuba sedaya-upaya memusnahkan habitat kaum Na'iv. Dia berjaya memberi impak kerana penonton akan berasa benci dengan sikapnya itu.
Sepanjang menonton filem ini, penonton akan terpegun melihat imaginasi Cameron dalam menghasilkan dunia Pandora. Ia membuatkan anda teringin pergi ke dunia tersebut kerana ia diperlihatkan dalam bentuk warna-warni dan indah belaka. Malah anda akan kagum melihat transformasi Jack daripada seorang manusia biasa menjadi Avatar. Malah binatang-binatang yang ada juga mempunyai wajah yang agak pelik dan lain daripada yang lain. Nampaknya efek visual khas berjaya ditonjolkan melalui "Avatar". Walaubagaimanapun, jalan cerita filem ini tidak begitu menarik dan Cameron seolah-olah ketandusan idea dalam menghasilkan jalan cerita yang baru dan menarik. Manusia terutama sekali daripada golongan berpangkat tinggi digambarkan sebagai orang jahat yang cuba menindas atau memusnahkan golongan lain bagi mendapatkan apa yang diingini mereka. Ini membuatkan kita terfikir betapa kejamnya manusia boleh jadi apabila sikap tamak menguasai diri.
Jika anda mengharapkan sesuatu yang berbeza jika menonton dalam bentuk 3D, anda mungkin akan kecewa kerana tidak banyak yang ditonjolkan. Bezanya dengan "Avatar", tiada objek yang akan terbang ke arah anda. Sebaliknya Cameron seolah-olah cuba membolehkan penonton melihat dunia Pandora dengan lebih nampak asli kepada kehidupan mereka.
Mampukah "Avatar" mendahului "Titanic"? Mungkin ya. Walaupun terdapat kekurangan dari segi jalan cerita dan juga aspek 3D, anda akan sentiasa terhibur sepanjang filem ini yang memakan masa hampir tiga jam. Yang pasti, filem 'Raja Dunia' ini mampu menarik berjuta penonton seluruh dunia untuk menyaksikan filem yang dinanti-nantikan ini. Mungkin selepas ini James Cameron boleh menggelarkan dirinya sebagai Master Of The Universe kerana berjaya menghasilkan filem-filem yang cukup mengagumkan sepanjang pembabitan beliau dalam industri ini.
4.5 BINTANG
Menerusi petikan email tersebut yang bertajuk "Jalang Di Sebalik Filem Jalang", penulis skrip sebenar bernama Zailan Yunus membuat pengakuan bahawa idea asal untuk "Jalang" sememangnya datang daripada Imran, walaubagaimanapun beliau yang menulis skrip dan mengembangkan jalan cerita untuk filem ini. Malah Imran dikatakan bertindak lebih berani apabila menggugurkan nama Zailan sebagai penulis kerana bimbang jika Zailan membuat tuntutan bayaran sekiranya namanya tertera.
Selain daripada Zailan, e-mail tersebut turut mengatakan bahawa pengarah asal Yusuf Mawi juga antara yang dianiayai oleh Imran. Kononnya beliau dipecat kerana tidak sanggup mengarah babak panas yang terdapat di dalam filem tersebut seperti yang diminta oleh penerbit. Malah pengarah Nazir Jamaluddin sebenarnya adalah pembantu kepada Yusuf.
Kami cuba menghubungi Imran untuk mendapatkan penjelasan. Walaubagaimanapun beliau gagal dihubungi. Benar atau tidak tuduhan yang dilemparkan oleh pengirim e-mail ini, Imran sahaja yang tahu .
Filem ini menceritakan ejen pengintipan yang buta warna, AJ (AC Mizal) bekerjasama dengan Salleh untuk membantu Datin Mariana (Maria Farida) mengintip suaminya yang kaya, Datuk Osman (Ridzuan Hashim) kerana menyangkakan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya yang seksi, Maria (Hannah Tan). Apabila kedua-duanya pergi ke Pulau Langkawi untuk mengintip dengan menggunakan pelbagai kostum, satu jenayah telah berlaku tanpa mereka menyedari ia melibatkan Datuk Osman dan juga kehilangan satu lukisan yang dipanggil Brinjal in a Bowl.
Penyanyi Hannah Tan dan pengacara TV terkenal Daphne Iking membuat penampilan pertama di dalam filem ini sebagai orang Datuk Osman bersama-sama model/pelakon Carmen Soo. Hannah memegang watak sebagai setiausaha seksi bernama Maria, yang sudah pasti kelihatan cantik. Walaubagaimanapun lakonannya sebagai pelakon wajar dipersoalkan. Ia mengambil masa untuk kerjayanya sebagai pelakon berkembang. Bercakap dalam slang bahasa Cina yang tipikal, Daphne memberi persembahan yang kelihatan agak comel. Terima kasih kepada lakonan dan percakapannya yang kelakar itu kerana jika tidak, kemungkinan besar lakonannya di dalam filem itu akan dilupakan begitu sahaja. Berbeza dengan persembahan Carmen yang memuaskan hati dan berjaya menjiwai wataknya itu.
Diklasifikasi PG-13, filem ini mempunyai pelbagai unsur seksual yang ada kalanya ia menggelikan hati atau pun terlalu dibuat-buat seperti adegan sesi mengambil gambar lukisan boleh dianggap sebagai sesi penggambaran lucah. Selain daripada itu, adegan aksi dan kesan penjanaan imej berkomputer (CGI) tidak begitu meyakinkan.
Tidak dinafikan filem ini mampu membuatkan anda terhibur dengan aksi komedinya. Namun secara keseluruhan ia tidak begitu berjaya menarik perhatian.
Ia mengisahkan empat pasangan pergi bercuti di sebuah pulau peranginan iaitu Pulau Eden. Apabila salah satu pasangan, Jason (Jason Bateman) dan Cynthia (Kristen Bell) mengikuti sesi terapi bagi menyelamatkan perkahwinan mereka, pasangan lain mendapati bahawa mereka tidak berpeluang bergembira dan terpaksa mengikuti program-program yang disediakan oleh pihak hotel bagi memperbaiki hubungan bersama pasangan mereka.
Dibarisi pelakon komedi yang popular seperti Vince Vaughn dan John Favreu yang pernah berganding bersama melalui filem "Four Christmases" (2008), Faizon Love dan Jason Bateman ("Juno" dan siri TV popular, "Arrested Development"). Lakonan tiga pelakon lelaki nampak bersahaja. Walaupun kerap kali diberikan watak komedi, nampaknya mereka masih tidak kehilangan idea untuk membuatkan penonton ketawa dengan lakonan mereka. Walaubagaimanapun agak bagus jika kita dapat melihat sesuatu yang baru melalui lakonan Vaughn kerana tiada bezanya jika dibandingkan dengan filem-filemnya sebelum ini. Selain daripada pelakon lelaki, filem ini turut dibarisi pelakon wanita popular, cantik dan mempunyai nama besar seperti Kristen Bell ("Forgetting Sarah Marshall"), Kristin Davis ("Sex And The City"), Malin Akerman ("The Proposal") dan Kali Hawk. Malah rasanya tidak keterlaluan jika ketiga-tiga 'bunga' ini mampu menarik penonton datang ke panggung kerana anda berpeluang menyaksikan tubuh badan mereka yang seksi. Walaubagaimanapun lakonan Kristen Bell lebih menonjol daripada pelakon lain kerana dia dilihat menjiwai wataknya dengan baik.
Jalan cerita "Couples Retreat" tidak ubah seperti filem komedi romantik yang lain. Masalah atau isu yang sepatutnya boleh dikembangkan agar lebih kompleks diselesaikan dengan begitu mudah sekali. Agak menarik jika kita boleh melihat sesuatu yang baru dari segi penceritaan filem komedi. Pembikin filem kelihatan seolah-olah kekeringan idea bagi mendapatkan idea baru. Agak sayang kerana filem ini berjaya dimulakan dengan baik sekali.
Secara keseluruhan, "Couples Retreat" adalah sebuah filem komedi romantik yang mampu membuatkan penonton ketawa dan dibarisi pelakon popular. Jika anda tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem sebegini, berkemungkinan besar anda tidak akan kecewa.













