Haliza MisbunPelakon Haliza Misbun mengejutkan banyak pihak apabila dia dikatakan tidak kisah berpakaian seksi sehingga menampakkan lurah dada di dalam filem romantik komedi terbitan sulungnya, "Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Cinta".
Haliza menganggap tiada salahnya jika dia memberikan sesuatu yang tidak biasa dilihat sebelum ini ketika dia berlakon drama.
"Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, tidak berbaloilah dengan harga tiket yang dibayar oleh penonton. Saya tak kisahlah dengan apa yang orang nak cakap. Kita bukannya boleh puaskan hati semua orang," kata Haliza.
Pelakon berusia 36 tahun ini sudah berkecimpung dalam bidang lakonan selama 14 tahun dan masih belum berkahwin. Malah filem "Andartu Terlampau" yang menelan kos belanja RM1.1 juta ini dikatakan hampir sama dengan kehidupan Haliza. Mengakui kebenaran tersebut, Haliza sebenarnya ingin mengubah persepsi orang ramai terhadap anak dara tua atau lebih dikenali sebagai andartu.
"Saya bukan nak merendah-rendahkan golongan andartu, sebaliknya untuk mengingatkan orang ramai bahawa gelaran andartu bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan."
Filem yang diterbitkan oleh syarikat produksinya, Big Productions Sdn. Bhd mengisahkan Nik Melati Sukma atau Nikki diberi tempoh selama 21 hari oleh ibunya untuk mencari bakal suami. Jika gagal, Nikki akan dikahwinkan dengan pilihan ibunya. Enggan terima pilihan ibunya, Nikki berusaha berkenalan dengan ramai lelaki sehinggalah dia bertemu dengan Omar Shariff (Fahrin Ahmad), lantas bersetuju berkahwin dengannya. Namun di hari pernikahannya, Nikki dilamar oleh bekas kekasihnya.
"Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Cinta" diarahkan oleh Din C.J ini turut dibarisi pelakon yang mempunyai nama besar seperti Azhar Sulaiman, Abby Abadi, Fizo Omar, Mamat Khalid, Datuk Rahim Razali, Awie, Erra Fazira dan juga pelakon dari Indonesia yang pernah digosip bersama Haliza, Ari Wibowo.
Dapatkan tiket bermula 15 Oktober 2009!Sempena filem yang dinanti-nantikan, "Michael Jackson's This Is It" akan ditayangkan pada 29 Oktober 2009, peminat Michael Jackson dan penggemar filem boleh mendapatkan tiket lebih awal di Malaysia daripada 15 Oktober akan datang. Ianya akan ditayangkan dalam dua format iaitu digital 2-D dan juga format 35mm.
Menurut pengedar tempatan Sony Pictures Releasing Pictures, format digital 2-D akan ditayangkan di beberapa buah pawagam terpilih iaitu TGV KLCC, TGV Sunway Pyramid, GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC KL Pavilion, Cathay Curve dan MBO Spring Kuching. Manakala format normal 35mm pula akan ditayangkan di TGV JB, TGV 1 Utama, TGV Ipoh, TGV Seremban 2, TGV Kepong, TGV Cheras, TGV Bukit Tinggi, GSC Mid Valley, GSC Times Square, GSC Gurney Plaza, GSC Tropicana City Mall, GSC Queensbay, GSC Sunway Carnival, GSC Dataran Pahlawan, GSC The Gardens, GSC Puchong, GSC 1 Borneo KK, GSC Alamanda, Cathay City Square, Genting, MBO Melaka, Growball KK dan juga BIG Cinemas Kepong.
Bagi yang berada di Singapura, pra-jualan tiket berkemungkinan besar boleh didapati pada 1 Oktober akan datang. Namun tarikh dan lokasi pawagam masih belum disahkan lagi.
Dengan menggunakan slogan 'The Concert He Wanted You To See', filem "Michael Jackson's This Is It" hanya akan ditayangkan di pawagam selama dua minggu sahaja dan ini adalah peluang terakhir buat peminat untuk menonton Raja Pop di skrin. Berikutan itu, treler filem ini telah dilancarkan semalam di laman web rasmi filem, www.thisisit-movie.com, di mana peminat berpeluang menonton babak di sebalik tabir dan juga ketika latihan untuk konsert Michael Jackson di O2 Arena sebelum dia meninggal dunia pada Jun 2009.
Tonton treler di SINI!
"Michael Jackson's This Is It" akan ditayangkan di pawagam pada 29 Oktober 2009 di Malaysia dan Singapura!
BEKERJASAMA LAGI... (Dari kiri) Awie, Hans Isaac dan Afdlin ShaukiSelepas filem "Cuci" ditayangkan di pawagam pada Januari 2008, kini pengarah dan penerbit Hans Isaac melahirkan pula "Cuci The Musical" yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 23 Oktober akan datang.
Hans yang mempunyai impian untuk mempersembahkan karya "Cuci The Musical" di atas pentas teater gembira walaupun ia dikatakan telah menelan perbelanjaan yang cukup tinggi.
Menurut Hans, berjuta-juta ringgit telah dilaburkan bagi memastikan "Cuci The Musical" mempunyai kualiti tersendiri. Walaupun kos pembikinan teater muzikal ini tinggi, Hans inginkan yang terbaik untuk penonton dan semua pelakon yang terlibat dalam produksi ini.
"Buat teater ini bukan sesuatu yang mudah. Lebih banyak wang harus dilaburkan lebih daripada membikin sebuah filem. Memang berjuta-juta dihabiskan kerana untuk set di pentas sahaja sudah memakan jumlah sebanyak setengah juta.
"Cuci The Musical" masih lagi mengekal watak-watak yang sama seperti dalam filem iaitu Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C'Tan (AC Mizal) dan Jojo (Awie). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perubahan dari segi barisan pelakon untuk watak-watak lain. Antaranya adalah watak Wira yang akan digantikan dengan Harith Iskander, Vanidah Imran akan memegang watak CJ yang sebelum ini dilakonkan oleh Erra Fazira manakala watak Farah yang dipikul oleh Umie Aida bakal digantikan dengan Adibah Noor.
Pengarah bagi "Cuci The Musical" pula adalah Datuk Zahim Albakri dan Harith Iskander. Semua pelakon yang sudah berlatih selama sebulan ini bakal membuat sebanyak 18 persembahan yang akan bermula pada 23 Oktober 2009 sehingga 8 November 2009.
Waktu persembahan adalah seperti berikut:
Selasa hingga Jumaat – 8.30 malam
Sabtu – 3.00 petang dan 8.30 malam
Ahad – 3.00 petang
Bagi mereka yang ingin menonton teater "Cuci The Musical", anda boleh dapatkan tiket berharga antara RM43, RM63, RM113, RM153, RM173, RM193, RM213 dan RM253 dengan melayari laman web www.axcess.com.my atau hubungi talian 03-7711 5000.
Di awal pembabitannya sebagai krew belakang tabir, nama Ahmad Idham cukup sinonim dengan filem dan drama yang mengangkat tema percintaan dan romantik. Malah, filem pertama arahannya, "Mr. Cinderella" (2002) yang mengetengahkan genre yang sama juga pernah menobatkan Ahmad Idham sebagai Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-16 pada tahun 2003.
Tujuh tahun selepas itu, Idham kembali ke kerusi pengarah dengan cinta terbarunya "Semerah Cinta Stiletto", sebuah filem romatik komedi yang menampilkan gandingan ikon pasangan cinta remaja popular, Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai teraju utama.
Ditemui di majlis pelancaran filem itu yang berlangsung di Restoran Lemon, The Mines baru-baru ini, Idham mengakui bahawa dia sudah terlalu lama tidak mengarah filem cinta dan romantik selepas "Mr. Cinderella". Popular menerusi sentuhan filem seram dan komedinya kebelakangan ini, Idham yang sudah terlalu lama tidak mengarah filem cinta teruja dengan projek terbarunya.
"Kali pertama dan terakhir saya mengarahkan filem cinta ialah "Mr. Cincerella" pada tahun 2002, lebih 7 tahun lalu. Sejak itu, saya mula mencipta nama menerusi filem aksi, seram dan komedi. Itu tidak bermakna saya tidak berminat untuk mengarah filem cinta. Apabila penerbit David Teo menawarkan peluang ini, saya begitu teruja untuk kembali dengan sentuhan lama saya," katanya.
Ujar Idham lagi, peluang sebegini adalah waktu paling sesuai untuknya kembali dengan sentuhan filem cinta yang sudah lama tidak dilakukannya.
Merasakan detik ini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk kembali dengan filem cinta, Idham menerima tawaran itu dengan besar hati.
"Sebelum umur semakin tua, sebelum saya hilang sentuhan filem cinta, lebih baik saya terima tawaran ini sekarang," tambah Idham sambil berseloroh.
Yakin dengan keserasian dan bakat yang ada pada gandingan bintang muda Farid dan Lisa, Idham tidak ragu-ragu untuk menyunting kedua-duanya sebagai pasangan kekasih di dalam "Semerah Cinta Stiletto". Terdahulu, Farid dan Lisa yang pernah digosipkan bercinta berjaya memikat penonton menerusi gandingan serasi mereka di dalam "I'm Not Single" pada 2008.
Selain Farid dan Lisa, filem ke-37 MIG Production ini turut menampilkan Cat Farish, Nanu Baharudin, Shaharudin Thamby, Datuk Jamali Shadat dan ramai lagi. "Semerah Cinta Stiletto" bakal memulakan penggambaran pada 12 Ogos ini di sekitar Kuala Lumpur.
Isu penerbit filem tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon dan krew filem bukan satu isu baru di dalam industri perfileman tempatan. Terbaru, beberapa pekerja filem yang pernah terlibat di dalam filem aksi sains fiksyen "Cyber X: Ancaman Penggodam" terbitan produksi baru, Pentas Opera turut mengetengahkan perkara yang sama.
Menurut cerita yang disampaikan, produksi terlibat, Pentas Opera masih belum menjelaskan baki terakhir pembayaran kepada krew produksi terlibat. Baki pembayaran yang mencecah kira-kira RM100,000 sepatutnya dibayar kepada sekumpulan krew terlibat kerana penggambaran "Cyber X: Ancaman Penggodam" telah pun selesai sekitar November tahun lalu.
Lebih tujuh bulan menunggu, akhirnya mereka memutuskan untuk membawa isu ini ke tengah. Wakil krew terbabit menjelaskan: "Kami sudah puas bersabar dan beri tempoh kepadanya. Jawapan yang dikemukakan si penerbit adalah tidak wajar kerana sebagai krew filem tugas kami sudah selesai selepas filem itu tamat penggambaran. Justeru, penerbit seharusnya bertanggungjawab untuk melunaskan baki pembayaran tidak kira apa jua masalah yang dihadapinya."
Bagi mendapatkan kesahihan cerita itu, Cinema Online telah menghubungi produksi terbabit yang diwakili penerbitnya, Ambali. Melalui perbualan telefon, Ambali mengakui kebenaran dakwaan yang dikemukakan itu. Bagaimanapun, dia sama sekali tidak berniat untuk melarikan diri atau sengaja menangguhkan pembayaran krew terlibat.
Bercerita mengenai situasi sebenar yang berlaku, Ambali menerangkan: "Bukan pihak Pentas Opera sengaja menangguhkan bayaran atau melarikan diri, cuma pada ketika ini, pihaknya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk melunaskan pembayaran. Kami memohon kepada mereka agar bersabar sehingga dan tambahan filem ini diluluskan.
Episod ini bermula Pentas Opera selaku penerbit baru sudah menjadi mangsa keadaan apabila filem yang diarahkan oleh Amith Abidin itu tidak lengkap sama sekali. Malah, sebagai pemilik filem, pihaknya terpaksa menanggung semua kos meminda dan memperkemaskan filem itu.
"Memang saya ada membuat permohonan dana tambahan untuk filem ini, sekaligus dapat menjelaskan baki bayaran kepada krew terbabit. Malangnya, ketika pratonton salinan asal filem itu kepada FINAS, kualiti filem itu amat mengecewakan. FINAS menjelaskan jika dana tambahan filem ini ingin diluluskan, suntingan filem ini perlu diperkemaskan. Dari situ, barulah saya mengetahui bahawa selama ini Amith tidak menyempurnakan tugas yang diamanahkan kepadanya walaupun bayaran untuk semua kerja-kerja berkaitan telah saya jelaskan dari awal lagi.
Pasrah dengan ujian yang menimpa, Ambali membuat keputusan untuk menyiapkan suntingan dan pindaan filem itu dengan sendiri.
"Saya kecewa dengan sikap tidak amanahnya itu. Dia tidak selesaikan tugas seperti yang dijanjikan. Maka, saya meminta Amith pulangkan semula semua salinan asal filem itu. Biarlah saya bersusah payah sendiri untuk lakukan kerja-kerja suntingan dan pindaan kesan khas filem ini dengan sendiri."
Mengeruhkan lagi keadaan, krew produksi terbabit pula tampil ke depan dengan dakwaan tersebut yang hanya memburukkan lagi keadaan dan kesukaran yang dilaluinya kini.
"Saya anggap ini ujian kepada saya sebagai orang baru. Semasa proses pra-produksi "Cyber X" dulu, saya terlalu gelojoh membuat keputusan. Tanpa mengenali dan mendalami selok belok industri ini, saya dengan mudahnya memberi kepercayaan itu bulat-bulat kepada Amith. Akhirnya, saya diperdaya dan lebih buruk, saya terperangkap dengan isu yang ditimbulkan krew produksi pula."
"Ingin saya jelaskan di sini, saya bukan mahu lari atau sengaja menangguhkan pembayaran, malah situasi yang menimpa ini ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". Berilah saya tempoh untuk menyiapkan suntingan dan pindaan kesan khas filem ini. Insyaallah, selepas salinan asal ini siap, saya akan pertontonkan kepada Finas untuk permohonan dana tambahan bagi menjelaskan semua baki bayaran yang tertangguh," jelas Ambali mengakhiri perbualan.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pengarahnya, Amith Abidin menemui jalan buntu kerana dia gagal dihubungi.
Pasrah dengan ujian yang menimpa, Ambali membuat keputusan untuk menyiapkan suntingan dan pindaan filem itu dengan sendiri.
"Saya kecewa dengan sikap tidak amanahnya itu. Dia tidak selesaikan tugas seperti yang dijanjikan. Maka, saya meminta Amith pulangkan semula semua salinan asal filem itu. Biarlah saya bersusah payah sendiri untuk lakukan kerja-kerja suntingan dan pindaan kesan khas filem ini dengan sendiri."
Mengeruhkan lagi keadaan, krew produksi terbabit pula tampil ke depan dengan dakwaan tersebut yang hanya memburukkan lagi keadaan dan kesukaran yang dilaluinya kini.
"Saya anggap ini ujian kepada saya sebagai orang baru. Semasa proses pra-produksi "Cyber X" dulu, saya terlalu gelojoh membuat keputusan. Tanpa mengenali dan mendalami selok belok industri ini, saya dengan mudahnya memberi kepercayaan itu bulat-bulat kepada Amith. Akhirnya, saya diperdaya dan lebih buruk, saya terperangkap dengan isu yang ditimbulkan krew produksi pula."
"Ingin saya jelaskan di sini, saya bukan mahu lari atau sengaja menangguhkan pembayaran, malah situasi yang menimpa ini ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga". Berilah saya tempoh untuk menyiapkan suntingan dan pindaan kesan khas filem ini. Insyaallah, selepas salinan asal ini siap, saya akan pertontonkan kepada Finas untuk permohonan dana tambahan bagi menjelaskan semua baki bayaran yang tertangguh," jelas Ambali mengakhiri perbualan.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pengarahnya, Amith Abidin menemui jalan buntu kerana dia gagal dihubungi.







