Oleh: Nur Safina Othman
30 Dis - Norliana Samsudin atau lebih senang dipanggil Yana seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada berpakaian terlalu menjolok mata dalam filem yang dilakonkannya kerana merasa tidak begitu selesa.
Bercakap di majlis pra-tonton filem terbarunya, "Adnan Sempit" yang diadakan di Cathay Cineplex Damansara, e@curve baru-baru ini, Yana memberitahu: "Saya kini sedang terlibat dengan penggambaran filem "Aku Masih Dara". Jika sebelum ini anda tidak pernah melihat saya berpakaian seksi, kali ini karakter saya pasti akan mengejutkan anda. Yang pasti, seboleh-bolehnya saya tidak mahu pakai seksi-seksi bila berlakon."
Melalui "Adnan Sempit", watak yang dipegang oleh Yana juga berbeza iaitu sebagai gadis yang bekerja di sebuah syarikat korporat tetapi ingin menjadi minah rempit. Selain daripada Yana, filem ke-33 terbitan Metrowealth (MIG) ini turut dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Raja Lawak dan ramai lagi. Filem aksi komedi arahan Ahmad Idham ini bakal menjengah pawagam bermula 14 Januari akan datang dan menjadi filem tempatan pertama yang membuka tirai tahun 2010.
Penggambaran "Aku Masih Dara", filem kedua arahan Ahmad Idham yang berbentuk keagamaan selepas "Syurga Cinta" (2009) dijangka berakhir pada 1 Januari ini. Selain daripada itu, filem-filem terbitan MIG yang sedang menanti waktu tayangan adalah "Semerah Cinta Stilleto" (11 Febuari 2010), Niyang Rapik" (25 Febuari 2010), "V3 Samseng Jalanan" (11 Mac 2010) dan banyak lagi.
Nantikan ulasan "Adnan Sempit" daripada Tupai.
"Adnan Sempit" akan ditayangkan di pawagam pada 14 Januari 2010.