Ulasan MY SPY

Posted by TUPAI



Filem komedi arahan Afdlin Shauki dilakonkan oleh dua pelakon cukup dinamik, AC Mizal dan Harun Salim Bachik sebagai dua ejen pengintipan yang selalu melibatkan diri mereka dengan kejadian pelik dan melucukan. Kedua-dua pelakon ini melengkapkan diri masing-masing dengan kerjasama antara mereka seperti yang dapat dilihat melalui "Dumb And Dumber", "Beavis And Butt-Head" dan "Ren And Stimpy". Hampir sama dengan karakter Leslie Nielsen di dalam filem "The Naked Gun" yang cemerkap atau kekok, watak Harun Salim Bachik sebagai Salleh menyaksikan misinya yang lebih unik daripada pihak lawannya, iaitu dengan menggunakan peralatan inovasinya sendiri yang kerap kali gagal berfungsi. Malangnya peralatan yang digunakan di dalam filem ini tidak begitu mengagumkan dan kelihatan seperti berkualiti rendah. Terdapat kereta yang mampu berkata-kata, telefon bimbit yang boleh digunakan sebagai pen highlighter dan juga bentuk belakang kura-kura yang boleh memberi tumbukan apabila diaktifkan.

Filem ini menceritakan ejen pengintipan yang buta warna, AJ (AC Mizal) bekerjasama dengan Salleh untuk membantu Datin Mariana (Maria Farida) mengintip suaminya yang kaya, Datuk Osman (Ridzuan Hashim) kerana menyangkakan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya yang seksi, Maria (Hannah Tan). Apabila kedua-duanya pergi ke Pulau Langkawi untuk mengintip dengan menggunakan pelbagai kostum, satu jenayah telah berlaku tanpa mereka menyedari ia melibatkan Datuk Osman dan juga kehilangan satu lukisan yang dipanggil Brinjal in a Bowl.

Penyanyi Hannah Tan dan pengacara TV terkenal Daphne Iking membuat penampilan pertama di dalam filem ini sebagai orang Datuk Osman bersama-sama model/pelakon Carmen Soo. Hannah memegang watak sebagai setiausaha seksi bernama Maria, yang sudah pasti kelihatan cantik. Walaubagaimanapun lakonannya sebagai pelakon wajar dipersoalkan. Ia mengambil masa untuk kerjayanya sebagai pelakon berkembang. Bercakap dalam slang bahasa Cina yang tipikal, Daphne memberi persembahan yang kelihatan agak comel. Terima kasih kepada lakonan dan percakapannya yang kelakar itu kerana jika tidak, kemungkinan besar lakonannya di dalam filem itu akan dilupakan begitu sahaja. Berbeza dengan persembahan Carmen yang memuaskan hati dan berjaya menjiwai wataknya itu.

Diklasifikasi PG-13, filem ini mempunyai pelbagai unsur seksual yang ada kalanya ia menggelikan hati atau pun terlalu dibuat-buat seperti adegan sesi mengambil gambar lukisan boleh dianggap sebagai sesi penggambaran lucah. Selain daripada itu, adegan aksi dan kesan penjanaan imej berkomputer (CGI) tidak begitu meyakinkan.

Tidak dinafikan filem ini mampu membuatkan anda terhibur dengan aksi komedinya. Namun secara keseluruhan ia tidak begitu berjaya menarik perhatian.



2 BINTANG


"My Spy" akan berada di pawagam bermula 3 Disember 2009!

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook