Oleh: Hafizatul Baharudin
BINTANG:
Keseluruhan: 3
Lakonan: 3
Plot: 3
Efek: 1.5
Sinematografi: 2
Tonton filem ini jika anda suka: "Aquamarine"
Filem terbaru terbitan Tayangan Unggul yang telah menelan kos sebanyak RM1.4 juta, "Duhai Si Pari-Pari" (DSPP) bakal menjadi penutup kepada filem tempatan bagi tahun 2009, sekaligus menjadi filem tempatan pertama ditayangkan di pawagam Malaysia pada tahun 2010. Filem yang mengetengahkan genre 'fairy tale comedy' ini mendapat sentuhan pengarah yang pertama kali diberi peluang mengarah filem, Azmi Md Hata. Penampilan barisan pelakon utama yang berbakat, Que Haidar dan Liyana Jasmay dikatakan telah memberi keyakinan kepada Azmi dalam merealisasikan kisah cinta sejati yang diambil daripada kisah Aladdin dan juga sebagai 'buah tangan' pertama kepada penonton.
Filem ini mengisahkan Si Pari (Liyana Jasmay) yang tinggal di kayangan turun ke bumi untuk mencari cinta sejatinya bertemu dengan seorang jejaka lurus bendul yang bernama Syadon (Que Haidar). Walaubagaimanapun Syadon 'gila bayang' kepada Mala (Nabila Huda) yang mempunyai rancangan jahat.
Seperti tagline DSPP, 'Cerita Cinta Biasa Tetapi Luar Biasa', filem ini sememangnya mengetengahkan tema cinta. Bezanya ia mengisahkan cinta antara dua orang yang berasal dari dua tempat berbeza. Di samping itu, kasih saying antara bapa dan anak turut diselitkan yang jelas dipamerkan oleh Para (Harun Salim Bachik).
Dari segi lakonan, Que Haidar yang sebelum ini lebih terkenal dengan watak emosi dilihat sedikit kaku membawa watak si lurus yang kelakar dalam filem kali ini. Gandingan Que bersama-sama Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), Liyana Jasmay pula dilihat seperti adik-beradik dan bukanlah sebagai pasangan kekasih. Lakonan Liyana kali ini juga kurang memberi 'umph'. Mungkin ia disebabkan filem genre dan watak yang berbeza yang pernah Liyana terlibat. Tidak banyak pelakon yang terlibat dengan DSPP. Selain daripada Que, Liyana dan Harun, DSPP turut dibantu oleh Nabila Huda, Remy Ishak, Dato' Aziz Satar dan penampilan khas oleh Zizan Raja Lawak, Farid Kamil dan Hans Isaac.
Malangnya teknik penjanaan berkomputer (CGI) yang terdapat dalam DSPP kelihatan sangat amatur dan seolah-olah tiada kaitan dengan jalan cerita tersebut. Antaranya ketika Para bertemu dengan si Pari dengan berpakaian sebagai angkasawan di dalam tandas, kelopak bunga dan juga babak ketika Para bergaduh dengan Budi (Remy Ishak).
Kepada penggemar filem genre kisah dongeng dan komedi, filem ini mampu membawa anda merasai sebuah kisah cinta sejati serta aksi yang cukup menghiburkan. Walaupun CGI mungkin gagal untuk menarik perhatian anda, yang pasti gandingan Que Haidar dan Liyana Jasmay pasti mampu menarik anda ke pawagam. DSPP telah diolah daripada kisah Aladdin agar ia bersesuaian dengan selera penonton tempatan. Filem yang berdurasi 110 minit ini sesuai ditonton bersama seisi keluarga terutama sekali bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang seringkali terbuai-buai dengan kisah dongeng.

"Duhai Si Pari-Pari" akan ditayangkan pada 31 Disember 2009!