Oleh: Nur Safina Othman
8 Dis - Benarkah penerbit Imran Ismail (gambar kanan) bukan penulis skrip asal filem "Jalang"? Itulah yang diberitahu menerusi satu e-mail yang dihantar kepada Cinema Online baru-baru ini. Malah skrip "Jalang" dikatakan tidak layak diangkat ke layar perak sebaliknya hanya untuk pasaran video.
Menerusi petikan email tersebut yang bertajuk "Jalang Di Sebalik Filem Jalang", penulis skrip sebenar bernama Zailan Yunus membuat pengakuan bahawa idea asal untuk "Jalang" sememangnya datang daripada Imran, walaubagaimanapun beliau yang menulis skrip dan mengembangkan jalan cerita untuk filem ini. Malah Imran dikatakan bertindak lebih berani apabila menggugurkan nama Zailan sebagai penulis kerana bimbang jika Zailan membuat tuntutan bayaran sekiranya namanya tertera.
Selain daripada Zailan, e-mail tersebut turut mengatakan bahawa pengarah asal Yusuf Mawi juga antara yang dianiayai oleh Imran. Kononnya beliau dipecat kerana tidak sanggup mengarah babak panas yang terdapat di dalam filem tersebut seperti yang diminta oleh penerbit. Malah pengarah Nazir Jamaluddin sebenarnya adalah pembantu kepada Yusuf.
Kami cuba menghubungi Imran untuk mendapatkan penjelasan. Walaubagaimanapun beliau gagal dihubungi. Benar atau tidak tuduhan yang dilemparkan oleh pengirim e-mail ini, Imran sahaja yang tahu .