Pasangan Kembar Berpeluang Hadiri Malam Gala 2 HATI 1 JIWA

Posted by TUPAI




Oleh: Nur Safina Othman

31 Dis -  Bagi meraikan filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, "2 Hati 1 Jiwa", Primeworks Studios kini sedang dalam pencarian mencari 30 pasangan kembar yang berminat menghadiri Malam Gala "2 Hati 1 Jiwa" yang bakal diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Tropicana City Mall pada 13 Januari 2010.

Pasangan kembar yang terpilih akan muncul bersama-sama barisan pelakon yang telah menjayakan "2 Hati 1 Jiwa" seperti Fouziah Gous, Yasmin Hani, Iqram Dinzly, Fahrin Ahmad serta ramai lagi. Malah pasangan kembar juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui peraduan pakaian terbaik dan menarik.

Oleh itu kepada pasangan kembar berumur 13 tahun ke atas yang berminat untuk turut serta dalam malam gala ini dikehendaki menghantar gambar bersama pasangan kembar dalam ukuran pasport berserta butir diri masing-masing ke alamat berikut: Primeworks Studios, Unit Filem & Drama, Tingkat 3, Sayap Utara, No. 3, Seri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 03-7726 6333 atau layari laman web HOT FM (www.hotfm.com.my) untuk informasi lebih lanjut.

Filem kerjasama antara Primeworks Studios dan Line Clear Motion Pictures ini bakal menemui peminat pada 28 Januari 2010. "2 Hati 1 Jiwa" mengisahkan sepasang kembar siam yang hidup bersama akibat melekat di bahagian kepala selama 21 tahun membuat keputusan untuk menjalani pembedahan agar dapat dipisahkan. Inspirasi filem ini diambil daripada kisah benar kehidupan pasangan kembar dari Iran, Laden dan Laleh yang pernah mendapat perhatian satu ketika dulu.

"2 Hati 1 Jiwa" bakal ditayangkan di pawagam pada 28 Januari 2010!


, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook