Peraduan DUHAI SI PARI-PARI

Posted by TUPAI

Menangi pas percuma dan barangan "Duhai Si Pari-Pari"

Filem ini mengisahkan Syadon (Que Haidar), seorang pemuda yang pandai berjimat-cermat dan tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan. Namun dia telah jatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), tanpa mengetahui Mala sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi bersama rakannya, Budi (Remi Ishak) untuk mendapatkan wang simpanan Syadon. Selepas ditipu Mala dan dibelasah oleh Budi, Syadon terjumpa satu teko ajaib yang dihuni si Pari-Pari (Liyana Jasmay). Pari-Pari kemudiannya mengharapkan cinta daripada Syadon. Pada masa yang sama, ayah Pari-Pari, Para-Para (Harun Salim Bachik) cuba mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Disebabkan mempercayai bahawa Syadon adalah cinta sejatinya, Pari-Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari Para-Para iaitu akan lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.

Filem arahan Azmi Md Hatta ini dibarisi pelakon Liyana Jasmay, Que Haidar, Harun Salim Bachik, Nabila Huda, Remy Ishak dan ramai lagi!

"Duhai Si Pari-Pari" bakal menjengah pawagam bermula 31 Disember 2009!


Untuk memenangi barangan "Duhai Si Pari-Pari" beserta pas percuma, anda hanya perlu menonton treler filem, kemudian jawab tiga (3) soalan mudah. Dua puluh lima (25) penyertaan pertama dengan semua jawapan tepat akan dipilih sebagai pemenang!

Peraduan berakhir 28 Disember 2009!




SOALAN

1. Siapakah pengarah "Duhai Si Pari-Pari"?

a) Ahmad Idham
b) Azhari Mohd Zain
c) Azmi Md Hatta


2. Siapakah yang memegang watak Pari-Pari?
a) Liyana Jasmay
b) Scha Al-Yahya

c) Sharifah Amani

3. Berdasarkan treler, apakah warna bantal yang dipeluk oleh Syadon (Que Haidar) ketika terjaga dari tidur?

a) Hitam
b) Merah
c) Kuning

CARA UNTUK SERTAI

Penyertaan harus dibuat melalui e-mail sahaja dengan menaip DUHAI SI PARI-PARI merc  [jawapan] sebagai subjek. Kemudian sertakan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. Hantarkan penyertaan anda kepada peraduan@tupai.com.my

Contoh subjek e-mail: DUHAI SI PARI-PARI merc [A,B,C]


HADIAH x 25
Empat (4) pas percuma dan barangan "Duhai Si Pari-Pari"




NOTA:

  • Peraduan akan berakhir pada 28 Disember jam 11.59 malam.
  • Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari laman web www.tupai.com.my untuk mengetahui jika anda adalah pemenang peraduan ini.


| edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook