KARAOKE Di Pawagam Untuk Seminggu Sahaja!

Posted by TUPAI

Selepas 'mengembara' dan mencipta nama di persada dunia, akhirnya "Karaoke" kembali ke kampung halaman jua. Filem arahan pengarah muda Chris Chong Chan Fui, "Karaoke" bakal ditayangkan di pawagam GSC Mid Valley selama seminggu bermula 26 November sehingga 2 Disember 2009.

Penonton juga berpeluang menyaksikan filem pendek "Block B" yang turut diarahkan oleh Chris Chong bersama-sama filem "Karaoke" pada tarikh tertentu iaitu tayangan jam 1.30 tengahari pada 28 dan 29 November sahaja.

"Karaoke" mula mendapat perhatian ramai apabila ia menjadi filem Malaysia pertama selepas 14 tahun dipertontonkan di Festival Filem Cannes pada Ogos lalu dan memenangi anugerah Maverick di Festival Filem Antarabangsa Calgary, Canada pada bulan Oktober baru-baru ini. Seperti "Karaoke", filem pendek "Block B" juga turut mencipta nama apabila ia pernah memenangi Filem Pendek Antarabangsa Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Mar Del Plata ke-23 di Argentina. Malah turut dipertontonkan di pelbagai festival filem di luar negara.

"Karaoke" dilakonkan oleh Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-22, Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Nadiya Nissa dan Mohammad Hariry. Ia mengisahkan kehidupan Betik (Zahiril Adzim) pulang ke kampung halamannya selepas penat merantau di kota Kuala Lumpur. Niat untuk membantu ibunya (Mislina Mustaffa) dalam perniagaan pusat karaoke tidak kesampaian apabila ibunya membuat keputusan untuk menjual perniagaan tersebut bagi memulakan kehidupan yang baru.

Saksikan "Karaoke" secara eksklusif di pawagam GSC Mid Valley bermula 26 November – 2 Disember 2009!

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook