Daphne Iking Transeksual?

Posted by TUPAI

Kehilangan teman baik membuatkan pengacara terkenal, Daphne Iking, ingin memegang watak kontroversi sebagai transeksual atau homoseksual bagi memperingati teman baiknya sekali gus mengajak orang ramai untuk memahami perkara yang agak taboo ini.

"Teman baik saya telah dibunuh hanya kerana dia adalah seorang lelaki homoseksual dan saya mahu orang ramai memahami bahawa bukan mudah buat mereka jadi sedemikian," kata Daphne yang ditemui baru-baru ini di majlis premier filem pertamanya, "My Spy" di GSC Mid Valley.

"Saya telah dibesarkan dengan orang seperti mereka dan nyata mereka bukanlah orang yang jahat atau pun teruk. Namun orang ramai salah faham mengenai diri mereka," tambahnya lagi.

Walaupun tahu bahawa ia adalah satu subjek yang taboo terutama sekali di kalangan orang kita dan kemungkinan besar bakal mendapat reaksi mengejut daripada pelbagai pihak, Daphne menganggap ia adalah satu perkara yang harus disampaikan agar semua orang memahami keadaan diri mereka yang menjadi transeksual atau homoseksual ini.

Kepada peminat Daphne Iking, jangan lupa saksikan lakonan filem pertamanya di dalam filem "My Spy" di mana dia dan Carmen Soo menjadi kembar siam dan merupakan pengawal peribadi kepada Datuk O yang dilakonkan oleh Redzuan Hashim. "My Spy" adalah sebuah filem arahan Afdlin Shauki dan turut dibarisi pelakon Harun Salim Bachik, AC Mizal, Hannah Tan dan ramai lagi!

Nantikan temu bual TUPAI bersama Daphne Iking.

"My Spy" akan menemui peminat di pawagam bermula 3 Disember 2009!

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook