Wawancara diadakan pada 8 Ogos 2009 ketika Festival Filem Malaysia(FFM) ke-22 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
Tahniah atas kemenangan anugerah Filem Terbaik untuk "Papadom"! Bagaimanakah anda mendapat idea untuk menghasilkan jalan cerita mengisahkan bapa dan anak perempuannya?
Terima kasih. Sebenarnya ia bermula apabila saya sendiri bertanyakan soalan tersebut kepada diri saya sendiri ketika pergi bercuti bersama keluarga – Apa yang akan berlaku jika isteri saya sudah tiada lagi? Apa yang akan saya lakukan? Bolehkah saya menjaga anak-anak saya sendirian? Ini bukan bermakna saya akan membiarkan mereka menjaga diri sendiri. Sekarang ini, ramai bapa-bapa tidak boleh berhadapan dengan soalan sebegini kerana isteri mereka masih berada di sisi mereka. Jadi, bagaimana jika isteri saya tiada? Apa yang akan berlaku? Keputusan apa yang perlu saya buat? Adakah saya akan menghantar mereka ke sekolah berasrama atau saya akan menjadi bapa yang akan menghabiskan masa dengan anak-anak? Asas kepada jalan ceritanya adalah apakah yang akan dilakukan oleh seorang bapa sekiranya berhadapan dengan soalan begini.

Apakah yang anda tambah untuk membuatkan filem ini lebih menarik?
Untuk membuatkan ia lebih 'umph', karakter utama Saadom (Afdlin) membuat keputusan yang agak gila, di mana dia melepaskan segala-galanya termasuklah restoran Nasi Kandar miliknya yang cukup berjaya di Pulau Pinang dan mendedikasikan masanya dengan menjaga anaknya, Miasara (Liyana Jasmay), sehinggakan sampai satu masa, Miasara tidak tahan dengan kelakuan ayahnya. Daripada seorang yang cukup sibuk dengan perniagaan sehinggakan tiada masa untuk keluarga, dia berubah menjadi seorang bapa yang sangat memanjakan anaknya.

Seperti yang ditunjukkan di dalam filem tersebut, adakah anda melakukan perkara yang sama dalam kehidupan sebenar?Saya sanggup buat begitu untuk anak-anak saya (ketawa).Untuk seseorang yang saya sayang dan ambil berat, saya sanggup buat apa sahaja yang perlu saya lakukan. Saya sanggup mati untuk orang tersebut. Begitulah saya dapat idea untuk filem tersebut. Saya kena bertanya kepada diri sendiri apa yang saya akan lakukan supaya akan dapat jawapan jujur dan saya boleh sampaikan kisah tersebut kepada orang ramai.
Cara anda menyampaikan jalan cerita ini berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang bapa yang bekerja. Sudah berapa lama anda merasakan situasi 'terlalu sibuk untuk bersama keluarga'?Saya rasa sudah hampir dua hingga ke sepuluh tahun. Dua tiga tahun kebelakangan ini, saya lebih banyak memfokuskan kepada kerjaya saya dan kurang menghabiskan masa bersama keluarga. Namun, Alhamdulillah, saya mempunyai seorang isteri yang sangat memahami. Bukannya saya tidak menghabiskan masa langsung bersama mereka, cuma ia tidak sebanyak yang saya mahu. Sebagai bapa, kadang-kadang saya rasakan saya perlu lebih mengambil tahu dengan apa yang berlaku dalam hidup mereka. Saya akan rindu melihat mereka membesar pada waktu itu.
Adakah anda menyesal?
Tidak sama sekali, kerana sama seperti dalam "Papadom", Saadom tidak bersalah kerana kerja keras. Apa yang dia lakukan mempunyai sebab iaitu supaya keluarganya hidup senang. Persoalannya bukan siapa yang bersalah tetapi ia untuk memahami kehidupan bapa-bapa di seluruh dunia. Ramai bapa akan melakukan benda yang sama kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk isteri dan anak-anak. Dalam "Papadom", Saadom cuba memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Namun apa yang berlaku adalah dia terlalu menghabiskan banya masa untuk membei kehidupan yang lebih baik sehinggakan dia tiada bersama mereka. Itulah yang saya nak semua orang sedar. Saya juga memilih untuk memasukkan perspektif remaja dalam file mini kerana mereka mempunyai perasaan untuk bebas. Pasti mereka taknak bapa mereka sentiasa bersama dengan mereka. Anaknya juga tidak salah kerana dia cuma inginkan apa yang remaja lain inginkan. Itulah perbezaan antara kedua-dua mereka dan ianya menarik melihat bagaimana mereka menyelesaikan hubungan tersebut akhirnya.

Ketika anda naik ke pentas untuk menerima anugerah bagi Filem Terbaik, anda kelihatan seperti menahan daripada menangis. Agak jarang melihat anda sedemikian. Pasti ada sebab anda berkelakuan seperti itu.
Pertama sekali, saya rasakan ia disebabkan oleh Yasmin Ahmad. Saya tak tahu. Walaupun kami berdua bukanlah teman rapat tetapi sebagai pembikin filem, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain. Sama seperti saya dengan Mamat Khalid dan Aziz M. Osman. Kami akan berbincang bagaimana untuk menghasilkan filem yang lebih baik pada masa hadapan. Secara peribadi, saya merasakan ia satu kehilangan yang cukup besar kepada kita semua dalam industri perfileman. Dia seorang yang bersuara lantang dan saya kagum dengan dia yang sentiasa berpegang kepada apa yang dia percaya. Selain daripada itu, saya tidak pernah sangka akan menerima sebarang anugerah. Filem yang saya menang ini adalah satu kisah yang cukup dekat dengan diri saya. "Papadom" adalah sebuah filem mengenai diri saya.