Dapatkan tiket "Michael Jackson's This Is It"!

Posted by TUPAI

Dapatkan tiket bermula 15 Oktober 2009!

Sempena filem yang dinanti-nantikan, "Michael Jackson's This Is It" akan ditayangkan pada 29 Oktober 2009, peminat Michael Jackson dan penggemar filem boleh mendapatkan tiket lebih awal di Malaysia daripada 15 Oktober akan datang. Ianya akan ditayangkan dalam dua format iaitu digital 2-D dan juga format 35mm.


Menurut pengedar tempatan Sony Pictures Releasing Pictures, format digital 2-D akan ditayangkan di beberapa buah pawagam terpilih iaitu TGV KLCC, TGV Sunway Pyramid, GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC KL Pavilion, Cathay Curve dan MBO Spring Kuching. Manakala format normal 35mm pula akan ditayangkan di TGV JB, TGV 1 Utama, TGV Ipoh, TGV Seremban 2, TGV Kepong, TGV Cheras, TGV Bukit Tinggi, GSC Mid Valley, GSC Times Square, GSC Gurney Plaza, GSC Tropicana City Mall, GSC Queensbay, GSC Sunway Carnival, GSC Dataran Pahlawan, GSC The Gardens, GSC Puchong, GSC 1 Borneo KK, GSC Alamanda, Cathay City Square, Genting, MBO Melaka, Growball KK dan juga BIG Cinemas Kepong.


Bagi yang berada di Singapura, pra-jualan tiket berkemungkinan besar boleh didapati pada 1 Oktober akan datang. Namun tarikh dan lokasi pawagam masih belum disahkan lagi.


Dengan menggunakan slogan 'The Concert He Wanted You To See', filem "Michael Jackson's This Is It" hanya akan ditayangkan di pawagam selama dua minggu sahaja dan ini adalah peluang terakhir buat peminat untuk menonton Raja Pop di skrin. Berikutan itu, treler filem ini telah dilancarkan semalam di laman web rasmi filem, www.thisisit-movie.com, di mana peminat berpeluang menonton babak di sebalik tabir dan juga ketika latihan untuk konsert Michael Jackson di O2 Arena sebelum dia meninggal dunia pada Jun 2009.


Tonton treler di SINI!


"Michael Jackson's This Is It" akan ditayangkan di pawagam pada 29 Oktober 2009 di Malaysia dan Singapura!

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook