Cuci The Musical @ Istana Budaya

Posted by TUPAI

BEKERJASAMA LAGI... (Dari kiri) Awie, Hans Isaac dan Afdlin Shauki

Selepas filem "Cuci" ditayangkan di pawagam pada Januari 2008, kini pengarah dan penerbit Hans Isaac melahirkan pula "Cuci The Musical" yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 23 Oktober akan datang.



Hans yang mempunyai impian untuk mempersembahkan karya "Cuci The Musical" di atas pentas teater gembira walaupun ia dikatakan telah menelan perbelanjaan yang cukup tinggi.
Menurut Hans, berjuta-juta ringgit telah dilaburkan bagi memastikan "Cuci The Musical" mempunyai kualiti tersendiri. Walaupun kos pembikinan teater muzikal ini tinggi, Hans inginkan yang terbaik untuk penonton dan semua pelakon yang terlibat dalam produksi ini.


"Buat teater ini bukan sesuatu yang mudah. Lebih banyak wang harus dilaburkan lebih daripada membikin sebuah filem. Memang berjuta-juta dihabiskan kerana untuk set di pentas sahaja sudah memakan jumlah sebanyak setengah juta.
"Cuci The Musical" masih lagi mengekal watak-watak yang sama seperti dalam filem iaitu Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C'Tan (AC Mizal) dan Jojo (Awie). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perubahan dari segi barisan pelakon untuk watak-watak lain. Antaranya adalah watak Wira yang akan digantikan dengan Harith Iskander, Vanidah Imran akan memegang watak CJ yang sebelum ini dilakonkan oleh Erra Fazira manakala watak Farah yang dipikul oleh Umie Aida bakal digantikan dengan Adibah Noor.



Pengarah bagi "Cuci The Musical" pula adalah Datuk Zahim Albakri dan Harith Iskander. Semua pelakon yang sudah berlatih selama sebulan ini bakal membuat sebanyak 18 persembahan yang akan bermula pada 23 Oktober 2009 sehingga 8 November 2009.


Waktu persembahan adalah seperti berikut:
Selasa hingga Jumaat – 8.30 malam
Sabtu – 3.00 petang dan 8.30 malam
Ahad – 3.00 petang


Bagi mereka yang ingin menonton teater "Cuci The Musical", anda boleh dapatkan tiket berharga antara RM43, RM63, RM113, RM153, RM173, RM193, RM213 dan RM253 dengan melayari laman web www.axcess.com.my atau hubungi talian 03-7711 5000.


, , , , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook