Robert Pattinson bakal muncul dalam sekuel “Hunger Games”??

Posted by TUPAI

Pelakon Robert Pattinson yang popular dengan siri filem “Twilight” dikatakan bakal membintangi filem sekuel blockbuster “The Hunger Games”, iaitu “Catching Fire”.

Menurut laporan daripada Totalfilm, Pattinson yang dikaitkan akan membintangi filem “Catching Fire” dikatakan mampu memberi impak kepada filem ini dari segi sambutan terhadap filem ini.

Pihak produksi Lionsgate dikatakan berminat untuk mengambil Pattinson untuk membintangi “Catching Fire” dengan membawa watak Finnick Odair, seorang bekas ‘tribute’(pemenang Hunger Games terdahulu) yang juga seorang kaki perempuan yang telah dipaksa untuk bertanding dalam Third Quarter Quell.

Malah pembabitan Pattinson masih diragui tetapi berkemungkin akan terjadi memandangkan filem “Catching Fire” ini telah pun mengambil Francis Lawrence sebagai pengarahnya, di mana dia sebelum ini telah pun bekerja dengan Pattinson untuk filem “Water For Elephants”.

Lady Gaga cetuskan kemarahan ‘Little Monsters” Thailand

Posted by TUPAI

Artis penuh kontroversi Lady Gaga telah membangkitkan kemarahan para peminatnya di Thailand, selepas komen yang dibuat di laman Twitternya mengenai barangan tiruan di Thailand. Menurut laporan dari abcnews.com, Gaga telah membuat komen tersebut setibanya di Thailand Rabu lalu.

“Saya baru sahaja tiba di Bangkok! Bersedialah 50,000 Thai ‘monsterku’. Saya mahu pergi ke ‘lady market’ dan beli jam Rolex palsu.” Komen yang dibuat oleh penyanyi ‘Born This Way’ di laman Twitternya yang mempunyai pengikut sebanyak 24 juta telah membuat ‘Little Monsters’nya di Thailand berang dengan komen tersebut dan menganggap komen itu telah menyinggung perasaan, menghina dan memberi persepsi buruk kepada imej negara Gajah Putih itu.

Komen tersebut turut mencetuskan kemarahan ramai nasionalis negara itu yang sememangnya tidak gemar apabila isu berkaitan dunia jenayah Thailand dibangkitkan oleh pihak luar.

“Kami lebih membangun dari kamu fikir,”komen Tweet DJ Surahit Siamwalla yang merancang mahu memboikot konsert Lady Gaga di Bangkok, Khamis ini. Salah seorang peminat telah membalas komen Tweet Gaga dengan sinis berkata, “Selamat datang ke negara yang penuh dengan barang tiruan, selain jam, saya pasti terdapat banyak cd tiruan Lady Gaga juga.”

Sementara itu, selain komen dan pakaian peliknya, Lady Gaga turut dikecam oleh banyak negara seperti Korea Selatan, Filipina dan Indonesia kerana lirik-lirik lagunya dikatakan mempersendakan kaum kristian dan mempunyai unsur-unsur pemujaan syaitan.

Elton John batalkan konsert selepas masuk hospital

Posted by TUPAI

Penyanyi, penulis lirik dan juga komposer terkenal, Sir Elton John terpaksa membatalkan persembahan di Las Vegas selepas dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu selepas dia mengalami masalah pernafasan yang serius.

Menurut laporan ABC News, penyanyi British itu telah dimasukkan ke Hopital Cedars-Sinai di Los Angeles untuk pemeriksaan lanjut dan doktor yang merawat menyarankan John mengambil cuti selama tujuh hari daripada mengadakan persembahan kerana perlukan rehat serta jalani rawatan antibiotik.

Penyanyi berusia 65 tahun ini terikat dengan kontrak tiga tahun untuk persembahan "Million Dollar Piano" di Las Vegas bermula September lalu.

Dalam satu kenyataan media, John menyatakan kekecewaannya atas pembatalan konsert tersebut.

"Ia adalah satu perasaan yang pelik bagi saya kerana tidak dapat mengadakan konsert "Million Dollar Piano" di The Colosseum.

"Saya suka membuat persembahan ini dan saya akan teruja apabila kami kembali ke The Colosseum pada Oktober nanti untuk menghabiskan 11 persembahan yang akan dijadualkan semula.

"Apa yang saya boleh katakan kepada peminat adalah saya meminta maaf kerana tidak dapat bersama anda," ujar John.

Memey Suhaiza ingin cepat timang anak

Posted by TUPAI

Pelakon dan isteri kepada aktor Norman Hakim, Memey Suhaiza mengakui dirinya kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata setelah hampir tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga.

"Bila melihat sekarang ni ramai rakan artis yang baru mendirikan rumahtangga dan sudah berbadan dua, terdetik juga rasa risau di hati. Saya pun tak sabar juga sebenarnya.

"Saya tidak merancang, sebaliknya saya serahkan semua pada rezeki Allah. Saya terima cepat atau lambat," akuinya ketika ditemui di majlis Makan Malam Rafflesia Raikan Hari Ibu Bersama 20 Selebriti di Hotel Royal, Rabu malam.

Malah menurut Memey, sekiranya diberikan rezeki, dia seboleh-bolehnya menginginkan sepasang anak kembar sebagai penyeri rumah tangganya serta memenuhi kehendak ketiga-tiga anak tirinya, Mohamed Danish, Marissa Damia dan Maria Danisha.

"Anak-anak selalu bertanyakan pada saya "bila mummy nak ada baby", dan itu buat saya lagi bertambah risau. Malah ketiga-tiga mereka berebut nak adik perempuan, seorang lagi nak adik lelaki. Alang-alang dah berebut, saya berdoa agar diberikan sepasang anak kembar. Senang, masing-masing menang," ujar Memey berseloroh.

Melihat pada kemunculannya yang jarang dilihat selepas mendirikan rumahtangga, mula timbul spekulasi bahawa dirinya kurang popular selepas berstatus isteri. Memey walaubagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Ya, saya jarang muncul di khalayak ramai atau menghadiri jemputan-jemputan majilis kerana selepas kahwin, saya tak berhenti menjalani penggambaran. Tiada bulan madu, terus bekerja. Saya baru habis cuti dua minggu dan sekarang sudah sambung kerja semula.

"Sepanjang cuti dua minggu tu, saya jadi suri rumah sepenuh masa, ikut suami menjalani penggambaran sana sini, sebab suami lebih suka saya ada di sisinya selalu. Jadi masa yang ada tu sahajalah digunakan untuk kami berdua," ujar Memey yang tetap menyediakan makan malam untuk suaminya walau sesibuk mana pun dengan penggambaran.

Ditanya apakah dia berniat untuk berhenti daripada bidang lakonan, Memey berkata, "Suami ada menyatakan keinginan untuk meminta saya berhenti, jadi pengurus dia kerana dia lagi selesa ada saya di sisi. Namun saya katakan pada suami agar memberi saya masa. Kalau nak berhenti pun, biarlah secara perlahan-lahan.

"Bayangkanlah ketika cuti dua minggu tu, bila tengok televisyen dan terpandang kawan-kawan berlakon, jiwa saya terus meronta-ronta nak kerja. Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya kalau berhenti berlakon secara mendadak. Oleh itu, berilah saya masa dulu," ujar Memey yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 13 episod, "Udin Glamor" arahan Din Glamor yang akan ditayangkan di saluran RTM.


Fizz Fairuz hairan dengan kenyataan kekasih

Posted by TUPAI

"Kami tiada apa-apa masalah sebenarnya, saya pun tak tahu di mana retak menanti belah. mungkin rumah dia kot yang retak sedikit," ujar pelakon popular, Fizz Fairuz dalam nada berseloroh ketika diminta memberi penjelasan isu hubungannya dengan kekasih yang juga seorang pelakon, Almy Nadia.

Apa yang menghairankan Fizz, bagaimana kekasihnya itu boleh membuat kenyataan mengatakan hubungan mereka bagai retak menanti belah dan sudah lama tidak bertemu walhal baru dua hari lepas (Selasa) mereka bertemu.

"Kami tiada masalah dan saya hairan juga bagaimana dia boleh berkata sedemikian sedangkan baru semalam, kami bermain badminton sama-sama.

"Saya rasa mesti ada yang tokok tambah kenyataannya itu, tapi saya tak tahulah, biarlah. Saya akan ambil pendekatan diamkan diri saja," tambah Fizz lagi.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Almy yang mendakwa dirinya disisihkan oleh pelakon "Nur Kasih" itu hampir dua tahun, Fizz dengan tenang menjawab, "Selama dua tahun itu saya bekerja keras, usahakan karier saya sampailah saya dapat apa yang saya kecapi hari ini. Dalam pada dua tahun itu juga saya tak pernah berhenti bagi dia kerja kerana dia sering mengadu tiada tawaran berlakon."

"Dalam tempoh dua tahun itu, saya nak kami sama-sama fokus dalam bidang lakonan, saya nak berjaya dan juga inginkan dia berjaya," ujar Fizz yang ditemui ketika majlis Makan Malam Rafflesia Raikan Hari Ibu Bersama 20 Selebriti di Hotel Royal, Rabu malam.

"Dia kata pada saya agar jangan berhenti berbohong, tetapi saya tidak pernah berbohong. Senang cakap saya ni jenis lelaki yang tidak boleh berjanji. Mungkin dia sudah menunggu lama.

"Mungkin juga dia merajuk kerana saya berjanji untuk belikan dia kereta tapi saya tidak tunaikan sebab dia tiada lessen," ujar Fizz dalam nada bergurau, namun mengakui apa yang dikatakannya benar.

Terdahulu Fizz pernah menyuarakan hasratnya untuk melamar Almy selepas ibunya pulang dari menunaikan umrah, namun tidak lama selepas itu, Almy menerusi sisipan BiPop mendakwa dirinya tidak tahu menahu mengenai lamaran tersebut. Malah mengakui hubungan cinta yang dibina hampir lima tahun itu ibarat retak menanti belah lantaran dirinya disisihkan oleh aktor tersebut.

Apabila diminta respon apakah dia masih akan meneruskan hasrat untuk melamar Almy, Fizz seakan enggan mengulas panjang namun masih cuba memahami gejolak perasaan kekasihnya itu.

Almy Nadia beri kenyataan bahawa hubungannya
bersama Fizz Fairuz bagaikan retak menanti belah.

"Saya sudah malas untuk mengulas panjang lebar mengenai perancangan saya untuk melamarnya. Saya serahkan semua pada takdir.

"Saya pernah berkata padanya, saya mahu melakukan semua ikut adat, tunggu selepas ibu saya balik daripada mengerjakan umrah. Jadi saya berharap agar di sana kelak, minta mak berdoa yang baik dan moga-moga mak mendapat gambaran di tanah suci kelak," ujarnya tersenyum.

Fizz walaubagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kekasihnya itu juga dalam dilema dan risau.

"Saya faham, mungkin dia sekarang bertambah risau, lebih-lebih lagi dengan kejayaan yang saya kecapi sekarang. Dia barangkali takut saya akan lupakannya. Mungkin juga dia menerima tekanan daripada pihak keluarga. Yalah, saya faham pihak perempuan mestilah risau," jelas Fizz panjang lebar dan tetap menegaskan berkali-kali pada wartawan bahawa hubungan antaranya dan Almy masih baik.

Sementara itu, ibu Fizz, Puan Noorhaizan Binti Jantan, 65, pula ketika ditemui di majlis yang sama mengakui bahawa dia kurang maklum mengenai insiden yang terjadi dan hanya mendengarnya secara lisan daripada kaum keluarga.

"Saya hanya dengar macam tu saja. Walaubagaimanapun, saya hairan juga kenapa Almy mengeluarkan kenyataan tersebut. Perkara sebegini (soal jodoh) biarlah diantara Fizz, Almy dan keluarga masing-masing saja yang tahu.

"Keputusan untuk memperisterikan Almy, semuanya terletak pada Fizz, biarlah mereka menyelesaikan hubungan mereka sendiri. Sebagai ibu, saya cuma mendoakan yang terbaik saja buat Fizz," jelasnya yang turut mengakui sudah lama tidak bertemu Almy.

Ketika ditanya adakah dia merestui hasrat anaknya untuk melamar Almy, Noorhaizan berkata, "Semuanya terpulang kepada mereka sahaja. Saya merestui hubungan mereka. Segala keputusan hanya akan dibuat selepas saya pulang dari menunaikan umrah," ujarnya lagi.

Galeri "Filem 1Malaysia Tamil Film Project"

Posted by TUPAI

Antara mereka yang terlibat secara langsung di dalam projek filem ini
Projek filem yang dinanti-nantikan iaitu 1Malaysia Tamil Film Project telah pun mengumumkan barisan pelakon-pelakon untuk filem pertama projek itu, iaitu "12:06am" pada satu sidang majlis yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini. Antara mereka yang turut hadir adalah wakil-wakil dari pihak  Kementerian Pelancongan,  Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Celcom, Malaysia Airlines, dan 1Malaysia Media Entertainment selaku pihak yang memberikan kerjasama untuk menjayakan projek ini.

Antara pelakon-pelakon baru yang terlibat dalam menjayakan filem ini adalah seperti Denes Kumar, Geethanjali G, Nazira Ibrahim, Sasitharan Rajoo, CS Murugan dan juga Raja Ilya.

Filem ini berkisarkan mengenai seorang wanita bernama Leela di mana beliau telah mengambil satu percutian ke Melaka yang kemudiannya bertukar menjadi satu pengembaraan mistikal apabila beliau mendapati dirinya mempunyai kaitan misteri dengan sebuah kuil di sana. Dengan bantuan seorang rakan arkeologinya bernama Arvind, mereka memulakan perjalanan mereka mengejar masa dalam mencari petunjuk untuk membongkar misteri harta zaman tamadun purba, tetapi rancangan mereka menjadi tergendala apabila ada sekumpulan pencuri mendapat tahu mengenai aktiviti mereka.

Filem yang akan diarahkan oleh pengarah terkenal K. Annan Joseph dijangka bakal dikeluarkan pada bulan November, bersempena dengan perayaan Deepavali.

Sementara itu mari kita mengenali siapakah mereka yang terlibat dalam filem ini.
Sesi soal jawab dengan pihak media
Sesi bergambar dengan tema 1Malaysia
Antara pelakon-pelakon utama yang hadir
Pelakon Geethanjali G
Pelakon Denes Kumar
Pelakon Nazira Ibrahim
Pelakon CS Murugan
Pelakon Sasitharan Rajoo
Pengarah En. K. Annan Joseph
Penerbit filem En. Paul Arokiasamy

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook